Jom Semak Kereta Yang Sesuai Dengan Gaji Supaya Bulan-Bulan Tak Sakit Poket !
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Jom Semak Kereta Yang Sesuai Dengan Gaji Supaya Bulan-Bulan Tak Sakit Poket !

post by Aisya

by Aisya

Jun 17, 2018
pada 8:48 AM

Tahukah korang, bahawa kereta adalah liabiliti kerana dengan membeli kereta kita tidak menghasil wang, malah terpaksa mengeluarkan wang. Dengan memiliki kereta, kita terpaksa mengeluarkan wang untuk pembayaran ansuran, takaful kenderaan, cukai jalan, servis enjin, servis tayar, cuci kereta, minyak enjin, minyak gear, ganti wiper, dan lain-lain lagi.

Pada tahun 2011, CEUPACS pernah mendedahkan statistik bahawa kira-kira 50% penjawat awam yang diisytiharkan bankrap adalah disebabkan daripada hutang kereta. Jumlah hutang mereka adalah sekitar RM50,000 hingga RM500,000. Malah kebanyakkan meraka adalah graduan-graduan muda yang memiliki ijazah.

Jika pinjaman kereta itu selama 9 tahun, maka selama 9 tahunlah seseorang graduan itu terpaksa bergelut untuk membayar kereta yang semakin lama semakin susut nilainya. Jadi untuk mengelak korang menyesal dikemudian hari, ini formula untuk korang sebagai panduan untuk membeli kereta:

Beli Kereta Secara Tunai

Kereta apa boleh dapat tunai? Caranya ialah menabung sehingga beberapa tahun dan beli kereta selepas ia benar-benar diperlukan.

Tangguhkan kepuasan. Jika kita mampu membayar ansurans kereta sehingga RM500 – RM600 sebulan, maknanya kita mampu menyimpan jumlah sama tanpa membeli kereta.

Jika menyimpan RM500 sebulan, maka setahun sudah menyimpan RM6,000 dan 3 tahun sudah mencecah RM18,000!

Jika dicampur dengan keuntungan jika dilaburkan di pelaburan jangka pendek sekitar 5% -7% boleh mencecah RM20,000. RM20,000 boleh diguna untuk membeli sebuah kereta sedan terpakai. Lebih lama disimpan lagi besar amaunnya. Apa faedahnya membeli kereta secara tunai? Kita sudah tidak perlu memikirkan bayaran ansuran bulanan kereta.

Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran “beli kereta tanpa deposit”. Sebenarnya ia bermakna ‘hutang lebih banyak’.

Tip ini boleh digunakan jika membeli kereta yang agak tinggi harganya, iaitu gunakan tip nombor 1 untuk menyimpan dan gunakannya sebagai deposit.

Cuba bandingkan kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli tanpa deposit, dengan kereta yang berharga sama dengan deposit RM20,000. Bayaran bulanannya sangat berbeza, kerana ia mengurangkan keuntungan bank.

Harga Kereta Bersamaan Setahun Gaji

Mungkin ada yang berkata bahawa cara-cara di atas telalu ekstrem untuk dipraktikkan dalam suasana sekarang. So, kita boleh guna formula ini dimana:

Harga Kereta = Setahun Gaji
Gaji bulanan: RM2,500

Harga maksimum kereta yang boleh dibeli: RM2,500 x 12 = RM 30,000

Kenapa? Agar kita mempunyai cukup wang untuk membayar petrol, tol, parking, saman, cukai jalan, insurans takaful kereta, minyak enjin, minyak gear, tayar dan lain-lain lagi. Antara kereta yang harga bawah RM 30,000 ialah Proton Saga dan Perodua Axia.

Jika masih mengikut formula bank dengan 1 per 3 gaji, korang mempunyai peluang 50% kemungkinan untuk muflis.