Kajian Buktikan Yang Lelaki Lebih Sayang Perempuan 'Ulat Buku!' Ini Sebabnya
# Gaya Hidup

Kajian Buktikan Yang Lelaki Lebih Sayang Perempuan 'Ulat Buku!' Ini Sebabnya

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 5, 2018
pada 8:02 AM

Peribahasa 'ulat buku' sinonim dengan mereka yang mempunyai sifat gemar membaca buku, selalunya si ulat buku ni adalah manusia yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas asbab dari hobi suka membaca diorang ni. 

Bagi sesetengah lelaki, perempuan yang berilmu dan juga sukakan bahan bacaan ni akan terlihat lebih seksi dan matang di mata mereka. Tambahan pula, wanita dengan karekteristik sebegini selalunya cenderung lebih bijak untuk mengawal sesuatu keadaan dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. 

Untuk para jejaka yang masih lagi belum bertemu pilihan hati, korang kena teruskan pencarian dan buka mata korang seluas-luas nya kerana terdapat pelbagai ciri dan karakteristik perempuan yang berbeza-beza diluar sana. Tapi tak mustahil korang akan berjumpa dengan gadis ulat buku idaman hati korang itu. Jangan berputus asa okay!

Kaum hawa pula pasti tertanya-tanya apakah dia kelebihan gadis 'ulat buku' ni sehingga lelaki tergila-gilakan dan lebih sayangkan mereka berbanding wanita dengan karakteristik lain nya? ini dia jawapan kepada setiap persoalan korang tu. 

 

Gadis ulat buku mempunyai sifat empati yang tinggi.

Hasil daripada hobi membaca buku, perempuan dengan karakter ini cenderung untuk mempunyai perasaan empati yang amat tinggi. Empati ialah perasaan dimana seseorang tu mampu untuk menyelami dan memahami perasaan serta emosi orang lain disekelilingnya. Menurut kajian personaliti, orang yang mempunyai sifat empati akan lebih terbuka dalam segala hal dan orang macam ni lebih mudah untuk bergaul serta lebih memahami seseorang. Jadi kalau korang ada masalah cari lah si ulat buku! Sebab korang pasti akan rasa lega lepas meluahkan masalah korang kat diorang ni.

 

Katakan selamat tinggal kepada hari-hari bosan korang, sebab gadis ulat buku ada banyak je idea untuk menceriakan nya!

Lagi satu kelebihan gadis ulat buku, diorang ni ibarat ada satu magis tau! Sebab bila korang lepak je dengan diorang, mesti ada je topik yang akan dibualkan. Paling tidak pun diorang akan kongsikan dengan korang apa yang diorang dapat dari pembacaan diorang. Fuhhh! Seronok kan, tak payah korang penat-penat baca buku dah, ada yang dengan sukarela nya menceritakan kat korang kandungan buku tersebut. Seronok jadi orang berilmu ni, tak ketandusan idea langsung. Hmm.. terasa kerdil pulak diri ini kalau nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang suka membaca ni.

 

Gadis ulat buku tahu bagaimana cara untuk menghabiskan masa dengan berkualiti.

Guys kalau korang sibuk dengan kerja, lepas tu tak sempat nak luangkan masa dengan gadis ulat buku korang ni. Korang tak perlu nak risau yang si dia akan merajuk ataupun mengganggu korang 24 jam sebab dia kebosanan. Gadis ulat buku ada cara tersendiri untuk meluangkan masa lapang diorang dengan berkualiti, apa lagi mestilah dia akan habiskan masa senggang berjam-jam dengan buku-bukunya. Korang terpaksa bermadu dengan buku lah nampak gayanya ye. Tapi lebih baik dia berkepit dengan buku daripada dia berkepit dengan lelaki lain kan?

 

Tak perlu mengeluarkan belanja yang mahal untuk menggembirakan si gadis ulat buku.

Haa! part ni paling best, sebab korang tak payah susah-susah keluarkan belanja yang mahal dan pecah kepala fikir nak bagi hadiah yang macam mana, sebab korang dah tau jawapan nya! Bagi je dua tiga buah buku baru sebagai hadiah ulangtahun kelahiran sidia ataupun masa anniversary korang, kalau nak gempak sikit dapatkan buku yang ada 'signed edition' daripada penulis buku kegemaran gegadis ulat buku korang ni. Confirm dia terlonjak-lonjak kegembiraan.

 

Tak tahu sesuatu? Tanya je pada gadis ulat buku, diorang pasti tau.

Korang 'clueless' mengenai sesuatu perkara ataupun tak 'updated' mengenai isu-isu semasa, korang boleh je tanya apa-apa kemusykilan dekat gadis ulat buku ni. Sebab diorang mesti tau. Gadis ulat buku ni kadang nampak je pendiam, tapi diorang ni diam-diam ubi berisi tau. Penuh ilmu dan informasi di dada. So jangan pernah tersalah menilai diorang okay.