Kalau Dapat Duit Berdakwat Macam Ni, Jangan Terima Tau, Bahaya Sebab...
# Trending Semasa

Kalau Dapat Duit Berdakwat Macam Ni, Jangan Terima Tau, Bahaya Sebab...

post by Izuan

by Izuan

Sep 2, 2021
pada 7:45 AM

Kalau Dapat Duit Berdakwat Macam Ni, Jangan Terima Tau, Bahaya Sebab...

Kalau anda ada ke kedai runcit atau pasaraya yang memberikan baki pulangan wang yang dipenuhi dengan dakwat, sebenarnya ia tak sah digunakan. Lebih-lebih lagi dengan nilai RM 10, RM 20, RM 50 dan RM 100. 

Bagi pekerja-pekerja premis mula jangan terima bulat-bulat jika ada pelanggan yang cuba membayar dengan wang begini, mungkin dalam jumlah kecil seperti RM 1 atau RM 5 itu boleh diterima, tetapi jika jumlah besar  seperti yang dinyatakan tadi cuba sedaya upaya untuk elak walaupun dakwatnya sedikit sebagai langkah keselamatan.

Itu Adalah Duit Hasil Rompakan ATM!

Untuk pengetahuan anda, duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti ini adalah duit dari hasil rompakan melalui mesin ATM. Ia sengaja dilakukan agar tidak boleh digunakan di mana-mana tempat. Bagaimana wang tersebut boleh jadi kotor sampai begini sekali?

Mesin ATM Akan Semburkan Dakwat Dalam Duit Jika Dirompak

Semua ATM diseluruh negara telah dinaik taraf dengan sistem baru seperti ini, jika berlaku rompakan terhadap mesin ATM, secara automatik mesin itu akan menyemburkan dakwat kepada semua wang tunai yang ada dalam mesin tersebut.

Semburan itu akan terjadi secara automatik jika berlakunya hentakan, letupan yang kuat. Ia bertujuan agar perompak tidak boleh gunakan wang tersebut. Maknanya disini duit yang dipenuhi dakwat dalam dompet anda itu adalah duit hasil rompakan.

Jadi, anda harus waspada supaya tidak menerimanya, malah tahu kan kalau anda tiba-tiba menjadi sasaran hanya kerana menggunakan wang ini. Abaikan sahaja jika pelanggan atau pekerja premis itu sendiri berkeras untuk memberikan kepada anda sebab sekarang ini dah tahu dari mana duit itu datang.