Kalau Korang Dah Bayar Zakat, Perlu Ke Bayar Cukai? Ini Jawapannya
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Kalau Korang Dah Bayar Zakat, Perlu Ke Bayar Cukai? Ini Jawapannya

post by Aisya

by Aisya

Mar 11, 2018
pada 3:36 AM

"Adoi, koyaklah poket. Cukai nak kena bayar, zakat nak kena bayar..."

Haa korang selalu tak dengar ayat ni? Atau korang selalu mengeluh macam ni? Ok antara zakat dan cukai, perlu ke bayar kedua-duanya? Benda-benda macam ni lah yang sering jadi persoalan kan? So kali ni team MauKerja akan jelaskan kat korang. Sebelum tu apa kata korang tengok dulu perbezaan kedua-dua ni.

Perbezaan cukai pendapatan dan zakat pendapatan

Pada asasnya zakat dan cukai adalah dua perkara yang berbeza. Zakat merupakan Rukun Islam ke tiga dan hukumnya wajib bagi mereka yang cukup syarat-syaratnya. Cukai pula adalah suatu peraturan atau bentuk bayaran yang dikenakan oleh kerajaan untuk perbelanjaan negara ke atas individu atau syarikat yang mempunyai pendapatan.

Pengagihannya juga berbeza. Zakat ni akan diagihkan kepada asnaf sedangkan cukai dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan umum seperti pembinaan infrastruktur dan urusan keselamatan.

Kadar zakat ditetapkan 2.5% sedangkan kadar cukai akan ditentukan pihak berkuasa dan berubah mengikut keadaan. Persoalannya, bagi kroang yang beragama Islam, perlukah perlu kah korang membayar kedua-duanya??

Boleh tolak cukai jika dah bayar zakat

Kalau korang nak tahu, tak banyak negara yang memberikan kelonggaran kepada umat Islam dalam bab cukai. Tapi di Malaysia, menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) memberikan keistimewaan kepada orang Islam dimana: 

  • Akta berkenaan menyatakan: “Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis”.
  • Maka untuk mendapatkan rebat ini umat Islam perlulah melunaskan zakat SEBELUM 31 Disember pada setiap tahun. 

Apakah maksud rebat? Rebat secara umumnya bermakna, jumlah cukai yang dapat dikurangkan dengan pembayaran zakat. Semakin banyak berzakat, semakin sedikit cukai dibayar. Jika amaun zakatnya menyamai atau melebihi cukai, maka seseorang itu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatannya.

Sebagai contoh: 
Puan Iqah perlu membayar cukai pendapatan sebanyak RM1000.00 untuk tahun taksiran 2017. Sepanjang tahun 2017, Puan Iqah telah membayar zakat pendapatan secara tunai di Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM400 dan zakat simpanan sebanyak RM600.00 serta zakat fitrah RM21.00.

Jadi konsepnya ialah: 
Jumlah cukai - Zakat = ?
RM1000 - RM1021 = -RM21 

Jadi ini bermakna untuk tahun 2017 Puan Iqah tidak perlu membayar cukai pendapatan. Dia hanya perlu sertakan resit pembayaran zakat kepada LHDN .

"Tetapi jika jumlah cukai pendapatan lebih daripada zakat , korang hanya perlu bayar balance sahaja kepada LHDN." - Staff LHDN ketika di interview oleh MauKerja.

Tapi bagaimana pula kalau company korang ada buat PCB pada setiap bulan (Potongan Cukai Berjadual) tapi korang dah bayar zakat? So kitorang ada hubungi snediri LHDN dan ini jawapan mereka: 

"Sekiranya anda dikenakan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 dan anda telah membuat pembayaran zakat sebanyak RM1,000 juga. Tetapi dalam masa yang sama, majikan anda ada membuat PCB pada gaji bulanan anda dan totalnya adalah sebanyak RM300. Jadi, anda masih juga perlu mengisi borang cukai kepada pihak LHDN dan pihak LHDN akan kreditkan jumlah RM300 tersebut ke akaun bank anda" -Staff LHDN ketika di interview oleh MauKerja.

Simpan bukti pembayaran zakat 

Tapi korang kena simpan dan sertakan segala bukti pembayaran zakat jika korang nak dapatkan rebat tersebut. 

"Anda perlu menyimpan dengan baik dan selamat segala bukti pembayaran zakat, sama ada resit bayaran zakat harta, zakat fitrah mahupun penyata zakat tahunan. Resit ini adalah bukti yang wajib dikemukakan kepada pihak LHDN kelak, apabila diminta berbuat demikian." -Staff LHDN ketika di interview oleh MauKerja.

Kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan masalah, kerana pembayaran yang dibuat tidak dapat dibuktikan. Tetapi jika resit hilang, korang boleh je dapatkan salinan resit dari pihak Lembaga Zakat.

Jadi korang dah tak perlu risau untuk bayar zakat dan cukai. Tunaikan zakat berkat dapat , zakat selesai , cukai selesai , pahala dapat dan juga menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada negara dan bangsa! So korang dah laksanakan tanggungjawab ke belum? 
.