Kalau Tak Nak Dapat Isi Tak Sedap & Sikit, Perhati Pada 10 Aspek Pada Durian Tu Sebelum Pilih
# Gaya Hidup

Kalau Tak Nak Dapat Isi Tak Sedap & Sikit, Perhati Pada 10 Aspek Pada Durian Tu Sebelum Pilih

post by Izuan

by Izuan

Jul 9, 2018
pada 4:00 AM

Sekarang kan musim durian, kalau kita perhatikan banyak betul gerai-gerai menjual durian di viralkan dan tepi-tepi jalan. Tak semua harganya berpatutan dan tak semuanya berkualiti! Beli mahal-mahal tapi bila dah buka tengok isinya tu, alahai! Menyesal! Nak tukar dah buka, kalau dapat yang tapau? Mesti rasa kecewa kan?

Itulah sebabnya korang kena belajar cara-cara nak pilih durian ni, ada penjual yang sengaja suruh korang pilih sendiri, dah lah tahu apa-apa, hentam tuli je ambil, lepastu balik rumah tulah dapat isi yang indah khabar dari rupa tu. Tapi kalau dapat yang jujur tolong carikan tu bagus lah. 

SELALU KENA TIPU TIME BELI DURIAN??

Nah, saya akan kongsikan 10 tips untuk memilih durian. Saya berani jamin tips ni buat korang puas hati.

1. Bentuk bulat. 
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

2. Berat durian. 
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.

3. Tangkai. 
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.

4. Bunyi. 
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

5. Duri. 
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

6. Bau. 
Hidu durian dan cari yang berbau manis.

7. Juring. 
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

8. Kulit. 
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

9. Warna.
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

10. Musim. 
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.



Harap korang boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni.

Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga.

Azlan Noor
Pilih, beli dan makan durian

Makan hati tengok orang lain lepak-lepak makan durian tapi korang tak sebab pokai tak kerja lagi? 
Nah untuk graduan Sains Komputer atau berkaitan teknologi maklumat yang terbaca ni,
Admin payung satu pot kerja kosong untuk korang 
Gaji sebulan boleh cecah RM 2,500 dekat DIY
MOHON LAH SEKARANG!