Kami Kepilkan Senarai 7 Tips Resume Ini Untuk Rujukan Anda Mudah Cari Kerja
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Kami Kepilkan Senarai 7 Tips Resume Ini Untuk Rujukan Anda Mudah Cari Kerja

post by Izuan

by Izuan

Mar 26, 2017
pada 9:09 AM

Memandangkan kami dihujani dengan banyak pertanyaan berkaitan dengan tips-tips resume, disini kami kepilkan segala perkongsian lepas. Mungkin jumlah yang terlalu banyak telah membuatkan anda terlepas terhadap pandang info-info yang berguna dan agak sukar untuk geledah semula ketika ingin menghasilkan resume.

Dari semasa ke semasa kami kongsikan, dibawah ini merupakan segala info-info terbaik dan terkini yang kami pilih sebagai rujukan. Ia selaras dengan trend terkini berbanding perkongsian lain yang sudah terlalu lama dan mungkin tidak relevan digunakan lagi. 

1. Mula-Mula Kena Tahu Dulu Resume Atau CV

Lihat dahulu iklan yang dipaparkan oleh syarikat, apa keperluan yang dimahukan. Satu-satunya 'bahan'  yang wajib dibawa adalah resume atau CV. Perlu diingatkan bahawa Resume & CV adalah dua dokumen yang berbeza.

Ramai yang silap dan salah tafsir mengenai perkara ini terutama dalam kalangan graduan muda, di career fair penekanan ini amat diutamakan. Memangdangkan beribu-ribu calon yang akan hadir, dan majikan lebih mahu lihat resume berbanding cv. Nak tahu sebab kenapa, apa perbezaannya, apa tujuannya? Klik pada link dibawah ini.

Resume/CV/Biodata Itu Berbeza Tau! Lain Syarikat Minta, Lain Anda Bagi. Jom Bandingkannya.

2. Lepas Tahu Beza, Kenalpasti Isi Kandungan Yang Berguna Di Dalam Resume

Mungkin banyak isi kandungan dan tips resume yang kami pernah kongsikan tapi perkongsian ini jauh lebih berguna berbanding dengan yang lain buat masa sekarang. Ia akan berubah mengikut peredaran masa, jadi semak semula resume anda dan buang apa yang patut. Rujuk di link bawah ini :

5 Kandungan Ini Dah Dianggap Lapuk Kalau Letak Di Dalam Resume Menjelang 2017

3. Panjang Sangat, Cuba Pedekkan Dengan Mengamalkan 6 Tips Ini

Resume yang bagus adalah padat dan ringkas! Mungkin terlalu banyak benda yang mahu dikongsikan di dalam resume, tapi kena ingat tak semua perkara itu relevan di mata majikan. Cuma anda keliru untuk buang yang mana? Rujuk disini

Semua Info Di Resume Boleh Muat Satu Muka Surat Je Kalau Amalkan 6 Tips Ini

4. Resume Yang Bagus Masih Tak Cukup Kalau Tak Ada Skill Untuk Mendapat Kerja

Ya ini dah tahun 2017, taraf pendidikan? pengalaman? Boleh dikatakan tak relevan lagi kalau tak ada kemahiran teknikal ini, ia adalah nilai paling berharga yang ada dalam diri anda. Cuba asah kemahiran-kemahiran ini, berlatih dan hasilkan portfolio, tapi ia bergantung kepada kerja yang anda mohon.

Baik, kalau masih tak nampak gempak, mungkin cara penggunaan ayat anda tidak menarik, atau padat dengan perkataan. Haa, ada satu ticks yang anda boleh dapatkan disini mesti nampak gempak!

Ramai yang keliru, buntu, rujukan itu penting ke tak untuk diletakkan dalam resume, boleh ke kalau kosongkan? Wajib ke? Apa kepentingannya? Nah, dibawah ini akan menjawab persoalan anda.

Haa, resume gadis ini menepati apa yang majikan nak serta mengandungi segala info diatas, tak percaya? Cuba buka! Janagn tengok je, boleh dijadikan rujukan pula. Bukan calang-calang syarikat tau yang panggil dia. Apple, Google, Facebook, hebatlah dia ni.

Resume dah tip top, tapi kat mana pula cari kerja, jangan lah risau! Jom bawa resume anda yang gempak tu ke EKSPO Maukerja 2017 April ini!

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 yang bakal berlangsung 15 April 2017 (Sabtu) di KL GATEWAY MALL, KUALA LUMPUR. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 2,500 peluang pekerjaan terkini di KL & Selangor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Career Talk
  • Career Consultation
  • RESUME DESIGN PERCUMA
  • Aktiviti Menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Superpass untuk express ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma