Kedudukan Jari Kelingking Boleh 'Describe' Personaliti Diri? Betul Ke? Jom Cuba!

Haziqah Muhamad
by Haziqah Muhamad
Mar 21, 2019 pada 12:33 PM
Kategori: Gaya Hidup

Percaya ataupun tak, ujian personaliti diri ni sebenarnya sedikit sebanyak memberikan maksud yang tersendiri. Terdapat pelbagai jenis ujian personaliti yang boleh menggambarkan tentang personaliti diri seseorang itu. Sebagai contoh, kedudukan jari kelingking juga antara salah satu ujian yang boleh diambil kira. 

Cuba lihat pada jari kelingking korang dan padankan kedudukan jari kelingking seperti dalam gambar.

 

 

Jawapan

 

1. Jari kelingking berada tepat pada ruas pertama dari jari manis

Korang merupakan seorang yang suka menghabiskan waktu dengan orang yang betul-betul korang selesa. Korang boleh berkomunikasi dengan baik tetapi tak tahu cara untuk mengekspresikan emosi dan perasaan diri. 

Korang kena confident dengan diri sendiri dan hadapi hari-hari mendatang dengan lebih bersemangat!

 

2. Jari kelingking melebihi ruas pertama dari jari manis

Korang yang memiliki panjang jari sebegini bermaksud korang merupakan seorang yang boleh berkata-kata dan ia memberi kesan kepada orang di sekeliling. Korang juga senang mengekspresikan emosi dan perasaan diri kepada sesiapa saja. 

Namun, korang perlu sentiasa berhati-hati dengan sifat murah hati yang ada dalam diri korang tu. Takut ada yang akan mengambil kesempatan nanti!

 

3. Jari kelingking di bawah ruas pertama jari manis

Korang tak suka dan tak mudah meluahkan perasaan kepada orang lain. Mereka yang mempunyai kedudukan jari ini biasanya seorang yang introvert. Korang selalu meletakkan harapan yang tinggi terhadap orang lain (high expectation). 

Tapi bila seseorang yang diharapkan tak memberi respons seperti yang diharapkan, korang mula berasa kecewa.