Kehidupan Pengemis Ini Bertukar Secara Total, Dulu Miskin, Kini Peroleh Pendapatan RM62,000 Sebulan!
# Gaya Hidup

Kehidupan Pengemis Ini Bertukar Secara Total, Dulu Miskin, Kini Peroleh Pendapatan RM62,000 Sebulan!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 19, 2018
pada 10:06 AM

Siang kerja lain, malam kerja lain. Siapa sangka lelaki ini mempunyai dua kehidupan berbeza dalam masa satu hari. Menurut laporan yang dipetik daripada Gulfnews, Chhotu Baraik, lelaki kurang upaya berusia 40 tahun ini mendedahkan kehidupannya yang sangat berbeza seperti dulu.

Sering hidup dibelenggu kemiskinan, lelaki ini kongsi kisah bagaimana kisah hidupnya berubah dengan tiba-tiba:

“Pada mulanya, saya berusaha keras untuk memenuhi matlamat hidup saya, tetapi kemiskinan terus menghantui saya seperti bayang-bayang, jadi saya memilih untuk memohon dan memperoleh banyak wang, maka saya melabur ke dalam perniagaan untuk memperoleh keuntungan yang baik,” katanya.

Pada waktu pagi, Baraik mengemis dan berjaya meraih jumlah wang kira-kira RM1,889. Wang yang diperolehinya itu kemudian dilaburkan kesemuanya ke dalam perniagaan. Hasilnya, dia kini berjaya membuka kedai menjual perabot sendiri dan mendapat pendapatan sebanyak RM62,000 sebulan!

Menurutnya lagi, perniagaan tersebut kini dijaga oleh salah seorang isterinya (dia memiliki 3 orang isteri). 

“Isteri pertama saya menjalankan kedai perabot, dan pendapatan dari perniagaan mengemis dan pemasaran diagihkan sama rata antara dua isteri saya yang lain, jadi tidak ada pertikaian di antara mereka,” katanya.

Namun begitu, Baraik tidak pernah terfikir untuk berhenti mengemis walaupun sudah berjaya meraih pendapatan sebanyak itu.

Pada waktu pagi, Baraik akan mengemis dan berpenampilan selekeh. Tetapi pada waktu malam pula, dia akan berubah secara drastik dengan mengenakan pakaian sut dan tie serta membawa peranan sebagai seorang bos.

Sumber Oleh: Malaysian Update