Kejam! Wanita Dibelasah Teruk & Disamun Di MRT, Tawaran RM10,000 Untuk Buru Penyamun!
# Trending Semasa

Kejam! Wanita Dibelasah Teruk & Disamun Di MRT, Tawaran RM10,000 Untuk Buru Penyamun!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 17, 2019
pada 10:08 AM

Kejam, cukup kejam! Tak tergambar betapa geramnya setiap kali menonton rakaman video CCTV yang telah pun viral baru-baru ini, di mana kelihatan seorang wanita dibelasah teruk oleh seorang lelaki ketika disamun di sebuah Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu. Wanita itu telah dibelasah berkali-kali tanpa belas kasihan oleh seorang lelaki yang masih lagi sedang dalam buruan hingga hari ini. Memang tak berhati perut langsung!

Menurut HMetro, kejadian itu berlaku pada pukul 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun berada di dalam lif berkenaan bersama suspek. Suspek melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai berjumlah RM400. Akibat dibelasah teruk, wanita berkenaan mengalami bengkak di dahi.

 

Video Rakaman CCTV

 

Sehubungan dengan itu, Pejabat Ahli Parlimen Kepong menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat sehingga tertangkap penjenayah yang membelasah seorang wanita berkenaan. Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata, tawaran itu dikeluarkan kerana mahu penjenayah terbabit ditahan dan dibawa ke muka pengadilan dalam masa terdekat.

“Apa yang paling saya takuti adalah jika dia tidak ditahan dalam masa terdekat, ia mungkin akan mempengaruhi penjenayah lain melakukan jenayah dengan cara sama iaitu di dalam lif atau mana-mana lokasi terlindung. Malah, mereka mungkin turut mensasarkan lelaki dengan bergerak secara berkumpulan,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik melalui status di akaun Twitter miliknya.

 

Ini Antara Luahan Netizen Yang Diambil Menerusi Twitter