Keluhan Bekerja Posmen Yang Dicerca Orang Kerana Barang Sampai Lambat
# Trending Semasa

Keluhan Bekerja Posmen Yang Dicerca Orang Kerana Barang Sampai Lambat

post by Izuan

by Izuan

Jun 12, 2018
pada 4:46 AM

Kalau kita perasan baru-baru ni hangat betul mengenai isu posmen, barang dapat lambat, posmen lempar barang, dan paling teruk lagi apabila mereka seringkali dimaki hamun oleh penduduk kerana barang lambat sampai. Memanglah itu tanggungjawab mereka tapi kita pernah tak cuba berada di kedudukan mereka?

Rasa tersentuh pula bila terbaca nurkilan Nora Fadzlin ini tentang kerja sebagai seorang posmen yang terpaksa bekerja lebih masa demi menyiapkan tugasan, tapi 'habuan' yang diterima amat memeritkan.

Dimaki, dicaci dan dimarahi kerana barang lambat sampai. Kami yakin bukannya mereka sengaja dan bukan 100% salah mereka, penerima juga perlu memainkan peranan untuk bertoleransi dengan mereka. Selami keluhan daripada seorang posmen ini.

Hantar Barang Pukul 8,30 Malam Sebab Barang banyak Sangat

Masuk Kerja Pukul 10 Pagi, Buka Puasa Alas Perut Sebelum Sambung Kerja

Orang tahu marah saje. Padahal diorang juga manusia. Ada yang memaki hamun. Marah marah barang tak sampai. Call tak angkat.

Korang pernah pergi tengok tak tempat self pickup barang tu? Berdedai orang. Mana staff situ nak layan orang nak amek barang.