Kembalikan 'Bau Kedai' Pada Kereta Korang, Buat 3 Langkah 'Simple' Ni! Cubalah!
# Gaya Hidup

Kembalikan 'Bau Kedai' Pada Kereta Korang, Buat 3 Langkah 'Simple' Ni! Cubalah!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 17, 2019
pada 9:46 AM

Masa baru-baru keluarkan kereta daripada showroom, antara perkara yang membuktikan bahawa kereta itu adalah baru dengan mengidu bau di dalam kereta tersebut. Biasanya kita akan sebut, ''Bau kedai.'' 

Namun, lama-kelamaan ''bau kedai'' tersebut akan semakin berkurangan dan tiada lagi bau wangi pada kereta. Jangan risau, masih ada lagi cara untuk mendapatkan semula bau wangi tersebut. Yang penting, ia tidak memerlukan belanja yang banyak pun. Terima kasih kepada pengguna Instagram, Ahmad Aizatnur Zakaria yang sudi berkongsi tips bagi mengekalkan bau asal sebuah kereta. 

 

 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

1.    Sediakan 1 bekas plastik. Ambil 1 getah gelang. 
2.    Ambil sehelai kertas tisu.
3.    Satu sudu besar kopi.

Cara-Cara Membuat:

Letak dalam bekas, tutup dengan tisu dan ikat dengan getah lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.

Insyaallah, kita terhindar dari pemakaian pewangi sintetik kimiawi yang dapat merosak paru-paru dan jimat ratusan ringgit per tahun untuk membeli pewangi kereta.