Kembalikan Memori Di Hari Raya Korang Dengan 5 Dekorasi Ini. Confirm Meriah Weh!
# Trending Semasa

Kembalikan Memori Di Hari Raya Korang Dengan 5 Dekorasi Ini. Confirm Meriah Weh!

post by Nazatul

by Nazatul

Jun 8, 2018
pada 3:01 AM

Rasanya sambutan Aidilfitri zaman kita kanak-kanak dahulu lebih meriah kan? Mungkin peredaran zaman yang banyak mempengaruhi keadaan semasa umpana. 

Tiada lagi istilah pemberian kad ucapan hari raya bahkan, ada pula jenis keluarga yang memilih untuk melancong dan sambut Aidilfitri di luar negara daripada beraya di kampung. 

Sedikit sebanyak, kita hendaklah mengekalkan tradisi supaya generasi baharu juga dapat merasakan kemeriahan Syawal yang sebenar. Sudahlah kebanyakan kampung halaman kita pada hari ini berlatarkan kawasan bandar moden yang lari daripada suasana kampung.

Ini 6 Trik Dekorasi Rumah Untuk Hidupkan Suasana Hari Raya Seperti Beraya Di Kampung Halaman:

#1 Kad Raya

Ingat lagi dulu-dulu kalau musim nak dekat raya gigih jalan kaki balik dari sekolah mesti singgah tong pos Malaysia yang ada kat tepi-tepi jalan. Semangat tau nak kirim kad raya kat kawan-kawan dan dalam masa yang sama tak sabar juga nak dapat kad raya. Masa tu, siapa yang dapat kad raya paling banyak kira paling popularlah hehe.

Bila dah dapat kad raya, mesti akan gantung kat dinding. Korang buat macam tu lagi tak? Mungkin raya tahun ni boleh buat. Lekat pada bahagian dinding utama dalam rumah, confirm dapat pujian dariapda tetamu nanti! Alang-alang boleh jadi background untuk foto-foto Hari Raya.

#2 Pelita 

Biarpun berada di bandar, kita mungkin boleh adaptasi tradisi Malam Tujuh Likur yang biasanya dibuat di kampung-kampung. Malam Tujuh Likur adalah tujuh malam terakhir sebelum raya. Waktu itulah semua rumah-rumah di keliling kampung akan dimeriahkan dengan cara lampu serta pelita di tepi-tepi jalan bagi mewujudkan rasa keterujaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Menurut sumber, ada juga yang kata budaya ini asalnya untuk memudahkan orang ke masjid pada 10 malam terakhir untuk mengejar Lailatulqadr. Hmm, mungkin kamu dan kawasan kejiranan kamu boleh wujudkan kembali suasana begitu.

#3 Lampu Kelip-Kelip

Agak sukar untuk lihat orang zaman sekarang pasang lampu kelip-kelip ni. Kalau dulu bukan main meriah, masing-masing berlumba gantung dan pasangan lampu ni. Jadi apa kata tahun ni, pakatlah beli lampu kelip-kelip dan gantung keliling rumah. 

#4 Ketupat Riben

Dulu-dulu ramai”mak-mak” dan anak dara berkumpul menganyam riben untuk gantikan daun kelapa. Boleh guna riben jenis plastik pelbagai warna dan saiz, lalu anyam seperti biasa untuk hasilkan kelongsong ketupat cantik. Nanti, bolehlah gantung pada tiang rumah, pagar, tangga mahupun dilekatkan pada dinding menemani susunan kad raya tadi.

#5 Sampul Duit Raya 

Sampul duit raya biasa diisi untuk diberikan kepada anak2 kecil sedara mara korang. Kalau ada yang dapat lebih FREE tu boleh lah guna untuk hiasan. Biasanya sampul duit raya ni datang dengan pelbagai warna, sesuai diguna untuk hiasan raya.

#6 Permainan Sampingan

Haaa, ini mesti tak pernah dengar kan memandangkan budak-budak zaman sekarang asyik bergantung kepada internet semata untuk mendapatkan hiburan. 

Sebelum mereka minta kata laluan wifi rumah kamu, ada baiknya kamu sediakan permainan sampingan untuk mereka cuba di suatu sudut seperti congkak, guli, gasing, batu seremban dan lain-lain.