Kena Pikul Beban Sehingga 30KG, 4 Lagi Realiti Kerjaya Anggota Bomba Yang Jarang Dikongsi
# Pengetahuan Pekerja

Kena Pikul Beban Sehingga 30KG, 4 Lagi Realiti Kerjaya Anggota Bomba Yang Jarang Dikongsi

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 16, 2018
pada 12:47 AM

Bila cakap pasal bomba, mesti masing-masing dah terbayangkan anggota bomba yang beruniform lengkap berwarna jingga sedang memadam api kebakaran. Bukan setakat kebakaran, malah tugasan seorang anggota bomba turut merangkumi aktiviti menyelamat seperti menangkap ular yang masuk ke dalam rumah, mengeluarkan mangsa yang tersepit dan banyak lagi.

Tapi, takkan tu je? Pernah tak korang terfikir, selain tugasan ini, ada tak perkara 'tersembunyi' lain yang terpaksa dihadapi? Apakah realiti di sebalik kerjaya sebagai seorang anggota bomba?

Kalau nak tahu, jom singkap 8 situasi sebenar di sebalik kerjaya sebagai anggota bomba...

 

#1 Pantas Berpakaian Seragam Jika Berlaku Kecemasan

Bila loceng kecemasan berbunyi, setiap anggota bomba perlu terus menyarungkan pakaian seragam masing-masing. Oleh itu, pakaian seragam tersebut perlu disimpan dengan cara mudah untuk dipakai.

 

 

 

#2 Shift Bekerja Lebih 24 Jam

Shift kerja anggota bomba adalah 24 jam dengan waktu rehat selama 48 jam atau 10 - 12 jam selama 3 - 4 hari berturut-turut. Walau bagaimanapun, jika berlaku kebakaran besar atau sebarang kecemasan, anggota bomba perlu bekerja tanpa rehat lebih daripada sehari.

 

#3 Ada 5 - 30kg Beban Pada Badan Mereka

Beban yang dipikul adalah bergantung kepada kelengkapan yang dipakai bersama-sama dengan pakaian seragam tersebut. Sebab itulah seorang anggota bomba itu perlu mempunyai tahap fizikal yang kuat dan cergas.

 

 

#4 Penglihatan Kabur Dan Tidak Mendengar Sebarang Bunyi Jika Berada Dalam Bangunan Yang Sedang Terbakar

Selalu kalau tengok dalam movie, anggota bomba siap boleh tanggalkan topeng oksigen lagi masa nak menyelamatkan mangsa sewaktu kebakaran.

Tapi realitinya, anggota bomba sebenarnya tak boleh sesuka hati buka topeng oksigen. Asap yang tebal dan beracun pasti akan menyesakkan nafas mereka nanti.  

 

 

#5 Pakaian Seragam Mereka Tahan Sehingga Suhu Mencecah 1204.444°C

Seragam anggota bomba dibuat daripada material khas yang mampu menahan suhu sehingga mencecah 2200°F (1204.444°C), dan ia melindungi manusia daripada asid yang likat dan penyerapan alkali.

Sumber Oleh: Era Baru