Kenali 3 Jenis Generasi Yang Wujud Di Tempat Kerja Serta Kelebihan & Kelemahan Mereka
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Kenali 3 Jenis Generasi Yang Wujud Di Tempat Kerja Serta Kelebihan & Kelemahan Mereka

post by Izuan

by Izuan

Oct 23, 2016
pada 3:54 AM

Kita pasti akan bertemu dengan rakan sekerja daripada pelbagai lapisan umur, lagi besar 'saiz' syarikat lebih ramai pekerja yang kita dapat lihat. Ada yang setaraf ibu bapa bahkan atuk nenek pun ada.

Kalau dilihat dengan mata kasar, tanggapan pertama kita mesti akan terfikir bahawa generasi 'matang' ini merupakan orang lama dalam syarikat tersebut. Pendek kata, golongan ini memang dah expert dalam pelbagai aspek terhadap syarikat.

Namun, wujud juga generasi muda yang masih mentah lagi dalam syarikat (salah seorangnya adalah diri kita sendiri), kalau kita perasan masalah yang seringkali wujud dalam mana-mana organisasi sekalipun adalah perbalahan pendapat dalam pelbagai aspek.

Faktornya adalah faktor umur, untuk pengetahuan anda, setiap generasi ini ada sikap mereka sendiri. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan mereka tersendiri. Jadi, kenali apa jenis generasi tersebut serta kelebihan dan kelemahan mereka.

Generasi 1 : Baby Boomers ( < 1986 )

Generasi paling tua yang kita akan pernah jumpa, biasanya golongan dalam generasi ini sudah memegang jawatan tinggi. Paling rendah pun, General Manager.

Kelebihan : Produktif, Bekerja Keras, Mentor

Kelemahan : Susah membuat rundingan, Susah menyesuaikan diri dengan sebarang pembaharuan, Sukar untuk didekati.

Genrasi 2 : GEN X ( 1963 - 1980 )

Genrasi inilah paling bagus, mereka bersiap lebih neutral berbanding dengan generasi lain. Mereka berfikiran lebih terbuka, handal dalam mengatasi masalah, golongan yang paling senang untuk berkolaborasi dan mudah 'get along' dengan orang.

Kebanyakkan daripada mereka ini memegang jawatan terpenting dan duta kepada syarikat, mereka lebih kearah bahagian pengurusan. 

Kelebihan : Lebih terurus, 'revenue generation', mampu menyelesaikan masalah dengan lebih baik, bijak mengatur strategi

Kelemahan : Kurang kos efektif, kurang "executive-presence' (kurang ketenangan, keyakinan dan ketegasan).

Generasi 3 : Millennials ( 1980 - 1995)

Kami yakin ramai dalam pembaca kami ini merupakan golongan Millennials, pendek kata Millenials ini adalah generasi paling muda dalam dunia pekerjaan. Sikap golongan ini jauh meleset dengan cara Baby Boomers, dimana Millennials lebih ke arah 'work smart' dan Baby Boomers 'work hard'.

Itu sebablah seringkali kita dengar tanggapan buruk terhadap golongan Baby Boomers terhadap golongan ini. Dilabel 'manja' 'pemalas', 'lembik'. Tapi ada beberapa perkara yang membuatkan mereka ini lebih efektif daripada kedua-dua golongan di atas

Kelebihan : Bersemangat, celik teknologi, keusahawanan, oportunis, mampu menghasilkan produk yang diluar kotak

Kelemahan : Malas, tak produktif, obses pada diri sendiri.

Patutlah, ramai Baby Boomers dan Gen X tak suka pada Millenials ini, sebab kelemahan mereka. Tapi, golongan ini sangat penting untuk pembangunan perniagaan yang kian berubah trend kerana mereka lebih terdedah dengan segala pemodenan yang wujud disekeliling kita.

Pendek kata, tak kiralah generasi apa pun, masing-masing memainkan peranan penting dalam sebuah perusahaan mahupun organisasi. Kalau tak, memang suka untuk sesebuah syarikat itu maju kehadapan.