Kerja Apa Syarikat Ini Tawarkan? $ 10,000 Sebulan Hanya Untuk Travel & Tinggal Di Rumah Mewah!
# Trending Semasa

Kerja Apa Syarikat Ini Tawarkan? $ 10,000 Sebulan Hanya Untuk Travel & Tinggal Di Rumah Mewah!

post by Izuan

by Izuan

Mar 23, 2017
pada 10:32 AM

Ini bukan scam tau! Sebuah syarikat percutian mewah Third Home sedan menawarkan satu jawatan kosong yang bergaji $ 10,000 sebulan! Tugasannya hanya perlu travel dan tinggal di rumah mewah yang disediakan. 

Travel pula bukan di calang-calang tempat tau, kos pun syarikat tanggung! Tapi, kerja ini hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja. Skop kerja ini adalah, calon yang bertuah perlu menginap di 12 biji rumah yang bernilai jutaan dollar. 

Bagaimanapun, ciri-ciri yang perlu ada untuk meraih pekerjaan ini adalah perlu mempunyai kemahiran melukis yang tip top, handal dalam media sosial dan berpengalaman. Seronok lah dapat kerja macam ni, travel bukan keluar duit, tapi travel untuk dapat duit, alangkah indahnya kalau hobi dijadikan kerjaya. Travel, siapa tak suka kan?

Agak-agak kalau korang rasa korang ada ciri-ciri terbut cubalah, manalah tahu nasib kan? Bila lagi nak merasa travel dan duduk dekat tempat mewah macam ni. Tawaran masih dibuka lagi tu, sampai 30 Mei ini.