Kerja Dah Bertahun! Bonus Takde, Gaji Pun Tak Naik! 4 Punca Ni Bakal 'Buka' Mata Korang Seluasnya!
# Pengetahuan Pekerja

Kerja Dah Bertahun! Bonus Takde, Gaji Pun Tak Naik! 4 Punca Ni Bakal 'Buka' Mata Korang Seluasnya!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 12, 2018
pada 7:02 AM

''Orang sebelah baru kerja 2 tahun je dah naik pangkat.''

"Orang depan dah dua kali gondol anugerah pekerja cemerlang."

''Orang belakang selalu balik 'on time' tapi tiap kali bonus dapat beribu riban.''

Aku ni kerja dah dekat 4 tahun, masih macam tu juga. Duduk ontok-ontok je kat sini haa.. Buat kerja sama tak berubah pun! Gaji macam tu juga, takde kenaikan. Bonus pulak jangan cite lah. Habuk pun takde weh. Bos tak nampak ke kewujudan aku ni?

Haa.. Pernah tak korang terfikir, kenapa semua benda ni berlaku kat korang? tapi tak jadi kat orang lain. Apa punca nya? Sebenarnya ramai yang tak tahu kenapa korang tak layak menerima kenaikan gaji dan bonus setiap hujung tahun. Nak tau kanapa? Baca ni!

 

1. Memilih 'tugasan' yang diberikan.

Korang terlalu memilih tugasan yang diberikan, maksud memilih ni macam korang 'tak nak' buat kerja, selain daripada kerja yang dah ditetapkan untuk korang. Sebab bagi korang 'kerja tu takde kena mengena dengan aku kenapa pula aku kena buat?'

Tapi korang SILAP! Tau tak setiap tugasan yang diberikan kepada korang semuanya bersebab tau, ingat bos korang saje-saje ke bagi kat korang? Kadang dengan tugasan ni la bos korang menilai korang secara tak langsung. Nak tengok samada korang ni berpotensi atau tak untuk dinaikan pangkat dan layak menerima bonus tahunan.

Jadi kalau nak bonus dengan kenaikan gaji tu, paham-paham sendiri la. Berani kan diri sahut cabaran 'tugasan baru' dan belajar keluar dari zon selesa korang tu okay!

 

2. Buat kerja 'cincai', tak ikhlas!

Ini memang punca utama kenapa korang memang tak layak langsung dapat 'increment' dan bonus! Sebab korang pemalas! Buat keje pun pakai kaedah 'asal boleh' dan 'janji siap' je kan? Jadi ucap je la 'selamat tinggal sayang!' kat bonus dan kenaikan gaji korang tu.

Nak gaji lebih, bonus lebih. Kerja, usaha dan kualiti kerja pun kena LEBIH, LEBIH, LEBIH lagi la. Kenapa syarikat nak melabur untuk pekerja 'berat tulang' dan tak membawa keuntungan kat syarikat pun. Akal ada?

 

3. Rajin 'pok pek, pok pek'

"Kiah! kau tau tak si Tipah tu kan.. Pok pek.. Pok pek..''

''Joyah kau tengok lah si Meran tu! Blaa.. Blaa.. Blaa..''

Kalau korang jenis pekerja yang macam ni, memang korang tak kemane der! Duduk je la kat 'position' tu, dengan gaji yang sebegitu sampai kesudah. Tak dapat nak tolong ya, orang jenis macam ni. Sebab mulut dia je yang rajin, tak henti-henti bekerja. Anggota badan lain tak reti nak buat apa, kerja satu apa pun tak jalan.

Masa kerja dihabiskan dengan sibuk 'menjoyah' dok mengumpat, mengutuk, mengeji dan mencanang segala keburukan orang, gossip sana sini je laju. Macam la dia tu 'Perfect' nau! Tapi bila kena buat kerja, perlahan mengalahkan siput. Pastu siap berangan nak naik gaji dan dapat bonus lagi? Cis! Tak malu ke?

 

4. Terlampau banyak beralasan.

Ni lagi satu punca kenapa bos 'cut off' korang punya 'increment' dan bonus. Bila bos bagi kerja je..

''Bos saya tak boleh nak 'stayback' la untuk siapkan kerja ni, kucing saya beranak saya kena jaga dia pantang''

''Minta maaf bos! Saya tak rasa saya tak boleh la nak selesaikan tugasan ni. Susah sangat bos, saya tak reti.''

Amboi! Bila suruh buat kerja tak reti la, susah la. Macam macam alasan korang dok tabur. So, bila time korang tadah muka kesian mintak kenaikan gaji dan bonus tahunan, jangan lah marah kalau bos korang pulak buat 'tak reti' dan 'malas' je nak pertimbangkan permintaan korang tu. Sendiri mau ingat lah weh!