Kerja Di Johor Ni 'Offer' Pendapatan Sehingga RM3,000 Untuk Lulusan SPM, Tiada Pengalaman Pun Boleh!
# Jenis Pekerjaan

Kerja Di Johor Ni 'Offer' Pendapatan Sehingga RM3,000 Untuk Lulusan SPM, Tiada Pengalaman Pun Boleh!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 27, 2018
pada 3:15 AM

Pernah tak anda dengar kerja yang menawarkan pendapatan sehingga RM3,000 walaupun dengan hanya lulusan SPM? Memanglah ada, tapi jarang-jarang nak dapat peluang macam tu, kan?

Tahu tak, di Johor ada syarikat yang menawarkan pendapatan selumayan itu di sana? Di mana lagi kalau bukan di Hair Depot! Eh, biar betul? Memang betul pun! Jangan risau, yang tidak berpengalaman pun boleh mohon juga kerana latihan akan diberikan dari semasa ke semasa. 

Ada dua jenis kekosongan jawatan yang ditawarkan iaitu Product Advisor dan Trainee. Golongan wanita adalah sangat digalakkan untuk memohon memandangkan tugasan kerja adalah berkaitan dengan penjagaan rambut. Lagi satu, anda tidak perlu mencari pelanggan pun, hanya perlu ikut senarai tugasan yang telah diberikan seperti di bawah.

Untuk ketahui maklumat lanjut dan nak terus buat permohonan, jangan lupa klik link permohonan yang disediakan.

 


 

Product Advisor

(Pendapatan Sehingga RM3,000)

 

Kelayakan

  • Lulusan SPM/Sekolah Menengah/Diploma boleh mohon
  • 18 - 40 tahun
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Berpengalaman dalam bahagian peruncitan, khidmat pelanggan dan jualan
  • Pengetahuan dalam khidmat pelanggan atau jualan
  • Pengetahuan asas dalam pentadbiran perniagaan

 

Tanggungjawab

  • Menyediakan Perkhidmatan Berkualiti - Memastikan kepuasan pelanggan, memberikan perkhidmatan yang cepat dan mesra, memudahkan urusan pembelian pelanggan
  • Bina kemahiran dan pengetahuan mengenai produk, perkhidmatan dan prosedur jualan yang ditawarkan oleh HAIRDEPOT
  • Mengekalkan persekitaran HAIRDEPOT yang bersih dan memastikan stok sentiasa ada
  • Memacu jualan dan fokus pada matlamat pemasaran

 

Manfaat Tambahan

  • Skim komisyen yang menarik
  • Staf purchase
  • KWSP & PERKESO
  • Peningkatan kerjaya

 

Lokasi Kerja

  • Cawangan sekitar Johor ( Batu Pahat, Johor Bahru & Muar)

 


 

Trainee

(Pendapatan Sehingga RM2,000)

 

Kelayakan

  • Lulusan SPM/Sekolah Menengah
  • 18 - 40 tahun
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia

 

Tanggungjawab

  • Menyediakan Perkhidmatan Berkualiti - Memastikan kepuasan pelanggan, memberikan perkhidmatan yang cepat dan mesra, memudahkan urusan pembelian pelanggan
  • Pengetahuan Asas - Berpengetahuan tentang produk dan mengendalikan prosedur jualan
  • Bersih dan rapi - Mengekalkan kebersihan dan memastikan pelanggan mudah mendapatkan pelanggan

 

Manfaat Tambahan

  • KWSP
  • PERKESO

 

Lokasi Kerja

  • Cawangan sekitar Johor ( Batu Pahat, Johor Bahru & Muar)

 


 

Warga Johor yang tinggal di sekitar Batu Pahat, Johor Bahru & Muar,

inilah peluang anda untuk peroleh kerja berpendapatan tinggi!

Link permohonan pun dah disediakan tu.

Mohon terus tau!