Kerja Eksekutif Admin Disini, Gaji Sehingga RM3,500 & Terbuka Kepada Semua!
# Jenis Pekerjaan

Kerja Eksekutif Admin Disini, Gaji Sehingga RM3,500 & Terbuka Kepada Semua!

post by Izuan

by Izuan

Sep 25, 2016
pada 7:44 AM

Mesti masih ramai lagi yang terkapai-kapai mahukan peluang pekerjaan kan? Dah cuba bermacam-macam tempat, sertai program kerjaya, career fair untuk melihat peluang pekerjaan. Kami yakin pasti ramai yang menunggu kerja kosong yang akan menyusul daripada kami.

Baiklah, hari ini kami kongsikan kepada korang satu lagi jawatan kosong yang mungkin 'ngam' dengan korang. kerja sebagai Eksekutif Admin di Koperasi Pendidikan Asas, Apa yang korang perlu ada? Baca selanjutnya disini

Kerja sebagai Eksekutif Admin ini memerlukan korang jika ada mempunyai kemahiran komputer, boleh kerja secara berpasukan dan berpengetahuan luas dalam mengendalikan Microsoft Office. Apa yang penting sekali korang mestilah ada kefahaman yang baik dalam sistem dan prosedur pengurusan pejabat.

Apa yang menarik dengan tawarnh ini adalah jawatan yang ditawarkan terbuka kepada pemegang DIploma/ Ijazah dalam apa jua bidang! Maknanya SEMUA pemegang sijil boleh mohon. Tidak spesifikasikan kepada bidang tertentu. 

Manfaat Tambahan

  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Bonus
  • Insurans