Ketahui Kalau Ada Pihak Gunakan Data Korang Disini
# Trending Semasa

Ketahui Kalau Ada Pihak Gunakan Data Korang Disini

post by Izuan

by Izuan

Nov 15, 2017
pada 5:31 AM

Now an enterprising tech evangelist has come up with a site to help you confirm what we already all know - that someone has our data and is selling it to scammers, spammers and other unsavoury folk.

Banyak kita dengari mengenai mangsa-mangsa penipuan scammer yang semakin hari semakin licik ini, antara penyebabnya mungkin mereka memperolehi data-data kita ini melalui beberapa sistem yang kita pernah daftar dan terbengkalai.

Lebih getir lagi apabila baru-baru ini pita data CIMB dilaporkan hilang ketika transit sehingga mereka terpaksa menaiktarafkan kawalan keselamat bagi melindungi data pengguna. Sekaligus ia agak membimbangkan pengguna bank tersebut.

SayaKenaHack.com

Oleh itu, seseorang yang mahir dalam dunia teknologi ini telah membina sebuah laman web dimana kita boleh tahu jika seseorang yang mempunyai data kita dan menjualnya kepada scammer, spammer ataupun pihak yang tak bertanggungjawab.

Tujuan pengasas laman SayaKenaHack,com ini adalah untuk membenarkan orang-orang marhaen seperti kita ini sendiri tahu mengenai godaman. Segala maklumat data peribadi mengenai diri pasti akan ditunjukkan di dalamnya apabila ada pihak yang menggunakannya. Mungkin para pengguna boleh siap sedia jika ad apihak yang tak dikenali menghubungi kita.

Tapi...

Adakah cara ini selamat? Untuk akses sistem ini, kita haruslah memasukkan nombor ID/ kad pengenalan terlebih dahulu. tak rasa musykil memberikan data peribadi kepada pihak-pihak yang kita tak tahu kesahihannya.

Namun, kami bukanlah mengatakan bahawa laman ini tidak boleh dipercayai, ia mungkin boleh membantu kita. Bagaimanapun, ia bergantung pada diri anda.  Jika terasa ingin mengetahuinya, boleh ke laman rasmi SayaKenaHack dan semak disitu