Kisah Tragis Adik Siti Masitah, Mangsa Rupanya Dipukul Dengan Kayu, Punca Dendam!
# Trending Semasa

Kisah Tragis Adik Siti Masitah, Mangsa Rupanya Dipukul Dengan Kayu, Punca Dendam!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 10, 2019
pada 10:28 AM

Seluruh rakyat Malaysia masih lagi terkejut dengan berita tentang kematian kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai adik Siti Masitah Ibrahim, berusia 11 tahun di mana mayatnya telah dijumpai meninggal dunia dengan tangan terikat dan hampir reput. Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dengan tangan diikat ke belakang. Berdasarkan siasatan awal, polis percaya yang mangsa meninggal dunia di antara 7 hingga 14 hari yang lalu.

 

“Terdapat tiga kesan kecederaan pada rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah kiri dan belakang kepala...''

Begitulah kenyataan yang diberikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berdasarkan siasatan awal terhadap kecederaan pada kepala mangsa. Bukan tu saja, tambahnya lagi motif pembunuhan adalah dipercayai disebabkan oleh dendam terhadap keluarga mangsa. Ya Allah, kejamnya...

“Selepas kehilangan mangsa dilaporkan pada 30 Januari 2019, polis menahan seorang lelaki pada 31 Januari 2019 di simpang masuk ke Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, Pahang. Hasil pengakuan awal suspek, polis merampas senjata kayu yang dipercayai digunakan bagi memukul mangsa,” jelasnya.

''Suspek merupakan kenalan kepada keluarga mangsa dan tinggal sekampung. Hasil soal siasat, pada awalnya suspek tidak membuat pengakuan berkenaan kehilangan mangsa. Walau bagaimanapun, hasil soal siasat lanjut, suspek akhirnya mendedahkan penglibatan dirinya berkait kehilangan mangsa.''

Suspek ditangkap berdasarkan daripada maklumat awam di mana lelaki tersebut adalah orang terakhir yang dilihat bersama mangsa. 

Walaubagaimanapun, polis masih menunggu laporan penuh DNA sebelum mengesahkan mayat mangsa adalah Siti Masitah. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Sumber: Astro Awani.

 

Ini Antara Komen Netizen