Korang Boleh Langgan Pas Bulanan Grab RM50, Siap Ada 'Free Delivery' Bila Guna GrabFood!
# Trending Semasa

Korang Boleh Langgan Pas Bulanan Grab RM50, Siap Ada 'Free Delivery' Bila Guna GrabFood!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 10, 2019
pada 10:04 AM

Wah, siapa yang selalu menggunakan khidmat Grab untuk ulang alik pergi kerja tu, ini ada berita baik untuk korang! Grab telah memperkenalkan GrabClub untuk pengguna Malaysia iaitu perkhidmatan langganan bulanan pada harga RM50 yang bertujuan untuk menyediakan pengguna dengan lebih banyak penjimatan untuk Grab dan GrabFood. Pengenalan GrabClub ini mungkin agak berguna bagi pengguna aktif Grab bulanan, sekaligus membolehkan anda berjimat weh!

 

 

Bagi pengguna yang melanggan Pas Bulanan Grab-It-All GrabClub untuk RM50 sebulan, mereka akan menikmati diskaun RM4 untuk perjalanan sekitar Lembah Klang sebanyak 15 kali dalam bulan itu. Bukan tu saja, pengguna akan menikmati penghantaran makanan percuma GrabFood sebanyak 10 kali untuk penggunaan sekitar Lembah Klang.

 

 

Pas bulanan ini terhad kepada 35,000 pendaftar terawal dan hanya boleh dibayar menggunakan GrabPay Credits.

 

Cara Untuk Sign Up

1. Pada apps Grab, klik pada Profile ikon di bahagian kiri atas.

2. Klik pada ''GrabClub'' pada menu.

3. Pilih Grab-It-All Pass ''View Plan.''

4. Anda akan mendapat ganjaran apabila anda buat pembelian pelan ini. Klik pada ''Get This Plan.''

5. Buat pembayaran pelan menggunakan GrabPay Credits.

6. Akses ganjaran anda di tab My Rewards di bahagian GrabRewards.

 

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang info Grab-It-All Pass ini, korang boleh terus layari Grab Malaysia.