Korang Boleh Semak 'Online Scammer' Guna Portal Ni! Ikut Tutorial Di Sini

Haziqah Muhamad
by Haziqah Muhamad
Dec 08, 2018 pada 1:51 PM
Kategori: Gaya Hidup

Peniaga online yang menipu pembeli atau scammer online seringkali menjadi igauan ketika pengguna ingin membuat pembelian online. Tak kiralah di Facebook, Instagram atau pun laman web jualan online seperti mudah.my atau lazada, sudah pasti ada penipu online sebegini.

Tapi ada tak cara macam mana nak semak sama ada penjual tu scammer ke tak?

 

Portal untuk semak scammer 

 

Kalau korang nak tahu, PDRM telah melancarkan satu portal bagi membolehkan orang awam menyemak akaun bank atau nombor telefon yang dikhuatiri terbabit dengan transaksi penipuan urus niaga dalam talian atau scam.

Menerusi portal ini, orang ramai boleh membuat semakan sama ada akaun bank atau nombor telefon itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya. Korang hanya perlu memasukkan nombor akaun untuk semakan dan sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian.

Korang hanya perlu akses portal di url http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ dan masukkan nombor akaun/nombor telefon untuk semakan. Mudah kan? 

Selain tu, korang juga boleh semak disini.

 

 

Tapi sekiranya peniaga ada memaparkan nama perniagaan atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat, korang boleh terus semak dekat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jangan membuat bayaran kepada akaun bank yang mempunyai nama yang berbeza sepertimana yang di iklankan oleh penjual. Jika nama syarikat yang dipaparkan sebagai "ABC Enterprise", nama akaun bank juga perlulah sebagai "ABC Enterprise".

Berhati-hatilah ketika membuat belian secara online.