Korang Dah Boleh Beli Tealive 24 Jam Di 7-Eleven Sekarang Ni! Tak Perlu 'Craving' Dah!
# Trending Semasa

Korang Dah Boleh Beli Tealive 24 Jam Di 7-Eleven Sekarang Ni! Tak Perlu 'Craving' Dah!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 20, 2019
pada 10:30 AM

Buat penggemar minuman bubble milk tea, di sini ada berita baik untuk korang! Wah, berita apa tu? Korang pernah tak rasa macam craving gila nak minum bubble milk tea tengah-tengah malam buta? Hm, mana nak cari? Rileks, lepas ni korang boleh terus pergi ke 7- Eleven sebab Tealive bakal dijual di 7-Eleven di sekitar korang! 

 

Sumber foto: FB Tealive Asia

 

Lepas ni kalau craving nak minum minuman Tealive, tak payah tunggu pagi pun takpe sebab 7-Eleven kan dibuka 24 jam. Terus je serbu 7-Eleven! Menurut Tealive Asia, tiga jenis minuman eksklusif Tealive ini telah dijual di beberapa 7-Eeleven terpilih iaitu:

  1. Signature Milk Tea with Konjac Jelly – RM5.50 

  2. Original Milk Tea with Konjac Jelly – RM5.00 

  3. Superior Coco – RM5.00
     

Senarai 10 Outlet 7-Eleven Yang Terlibat:

  1. Wisma Bukit Bintang 

  2. Sidewalk Island Ansa Hotel, KL 

  3. Changkat Thambi Dollah 

  4. KL Sentral 

  5. Nu Sentral 

  6. Berjaya Times Square (1st Floor) 

  7. Berjaya Times Square (LG Floor) 

  8. Berjaya Times Square Hotel 

  9. Kenanga Wholesale City