Korang Dah 'Overworked' Sangat Dah Kalau Mula Rasa 5 Petanda Ini
# Pengetahuan Pekerja

Korang Dah 'Overworked' Sangat Dah Kalau Mula Rasa 5 Petanda Ini

post by Izuan

by Izuan

Nov 21, 2017
pada 10:48 AM

Salah satu ciri-ciri untuk menjadi seorang bekerja yang cemerlang adalah dengan bekerja keras dan berkomitmen tinggi terhadap pekerjaanya, tapi anda harus ingat bahawa ia juga akan mendatangkan kemudaratan pada diri kita juga apabila kerja telah 'mengambil alih' kehidupan harian, dari segi kesihatan mahupun pertailan hubungan antara keluarga mahupun rakan-rakan kita.

Segala-galanya terabai, kita akan semakin jauh dengan keluarga dan mungkin dipinggirkan oleh orang tersayang, mungkin kita selama ini tak sedar bahawa petanda-petanda ini lah yang membuatkan diri kita jadi 'tak sihat'. Jadi, kenali petanda-petanda bahawa anda telah 'overworked' sampai lupa kehidupan peribadi dan segera lah perbetul kan sebelum ianya terlambat.

1. Masa Terluang Menjadi Satu Konsep Yang Asing

Walaupun anda mungkin tidak terlibat dengan kerja disaat anda mempunyai masa lapang sedikit, anda harus ingat bahawa kerja tidak perlu sampai ke tahap ini, seimbangkan waktu keluarga denganw aktu kerja. Jika anda tidak boleh ingat kali terakhir anda bertemu dengan keluarga atau rakan-rakan , luangkan masa dengan menonton movie, pergi membeli-belah atau melakukan apa-apa yang tiada kaitan dengan kerja.

Ini adalah petunjuk utama bahawa kerja dah menguasai hidup dan ia adalah masa untukperbetulkan semula. Sekurang kurangnya cari satu masa yang sesuai, minta cuti penjang dan luangkan masa bersama orang di sekeliling kita.

2. Orang Lain Cuti, Tapi Anda Sahaja Kerja

Jika anda seorang yang perfectionist, anda mungkin mempunyai keperluan semula jadi untuk memastikan bahawa segala perkara dilakukan dengan sempurna, sampai sanggup ketepikan masa terluang. Ingat, anda bukannya robot, anda tidak boleh melakukannya sendirian. Kalau boleh sekalipun, anda tak sepatutnya melakukan begitu. Itu sebab lah majikan ramai pekerja dalam mengendalikan sesuatu tugas, apa guna mereka dapat gaji kan?

Ia juga boleh mendatangkan krisis dalam tempat kerja kerana anda akan dilabel sebagai 'pengampu' ataupun gila kuasa kerana cuba membuat tugasan orang lain/

3. Matlamat Hidup Semua Berkaitan Dengan Kerja

Walaupun mempunyai matlamat kerjaya yang tinggi mungkin agak terpuji , ia tak patut menjadi satu-satunya perkara yang anda berharap untuk capaikan. Seperti yang kami katakan tadi, cuba membuat keseimbangan, seperti membina sebuah keluarga keluarga, atau sesuatu perkara yang anda minati seperti kereta, mengembara, sukan, rumah dan sebagainya. Ini kerana masa akan datang harus mencerminkan lebih daripada sekadar mencapai kemuncak kerjaya anda.

Apabila seseorang bertanyakan mengenai aspirasi masa depan dan satu-satunya jawapan yang anda bagi adalah perkara yang berkaitan kerja dan tak lebih daripada itu , ia jelas bahawa anda ni terlampau hidup untuk kerja sahaja. Ingat tau, kerja tak boleh dibawa mati.

4. Rasa Tak Tenteram Ketika Waktu Terluang


Kerana terlalu risau dengan tugasan atau projek yang diberikan, anda terlalu fokus sehingga asyik memikirkan kerja walaupun anda sedang berada di kampung halaman, habiskan masa di hadapan komputer ketika masa cuti. Terlalu obses dengan pencapaian sehingga lupakan orang tersayang, kalau anda terlalu fikirkan kerja walaupun sedang berada di rumah atau diluar bersama rakan-rakan, ini bermakna petanda bahawa sikap mengutamakan kerja daripada waktu privasi sudah berada di tahap yang melampau

5. 24 Jam Membebel Pasal Kerja

Sentiasa berbincang perihal kerja, ketika waktu makan tengah hari, di luar waktu pejabat sehingga rakan, kelaurga dan rakan setugas jadi meluat untuk mendengarnya. Sekali sekala itu tak apa tapi jika terlalu kerap ia menunjukkan bahawa anda ini dianggap dianggap seperti 'orang yang tak ada life'. Sampai ke tahap kalau ada trip dengan rakan sekerja pun, sibuk cerita hal kerja.

Jadi, segeralah cari tempat bercuti atau sibukkan diri dengan bersenam ya!. Ingat! Kita kerja untuk hidup, bukan hidup untuk kerja