Korang Rasa KL Sesak? Ini Ada 10 Bandar Lagi Teruk Sewaktu 'Rush Hour'
# Gaya Hidup

Korang Rasa KL Sesak? Ini Ada 10 Bandar Lagi Teruk Sewaktu 'Rush Hour'

post by Izuan

by Izuan

Aug 17, 2017
pada 11:28 AM

Waktu pagi, petang, jumaat malam & hujung minggu adalah waktu yang 'hangat' kalau kita ingin merancang sesuatu perjalanan. Kalau di Malaysia,  salah satu bandar yang paling sesak sudah semestinya Kuala Lumpur kan?

Tapi, seteruk-teruk KL ni pun, teruk lagi Bangkok, Thailand. kajian ini terbukti berdasarkan pengeluar GPS, TomTom. Dalam mengumpul maklumat mengenai 390 bandar dari 48 buah negara diseluruh dunia, hasil kajiannya menunjukkan bandar dari negara tersebut mengungguli carta 15 bandar yang trafik paling teruk selama dua tahun berturut-turut.

Disini merupakan senarai 10 bandar tersebut, agak-agak KL ada tak?

1. Bangkok, Thailand

2. Mexico City, Mexico

3. Bucharest, Romania

4. Jakarta, Indonesia

5. Moscow, Russia

6. Chongqing, China

7. Istanbul, Turkey

8. St. Petersburg, Russia

9. Zhuhai, China

10. Santiago, Chile

KL? 

Buat masa ini KL tak tersenarai dalam kedudukan carta di atas, tapi bayangkanlah kalau minyak tengah berkelip dan jauh dari stesen minyak. Risau juga, jadi agak-agak kalau ada hal mustahak dalam kerja tu, rancang lah elok-elok perjalanan ya!