Korang Sebenarnya Boleh Je Dapatkan Suntikan Vaksin HPV RM600 Tu Secara Percuma
# Gaya Hidup

Korang Sebenarnya Boleh Je Dapatkan Suntikan Vaksin HPV RM600 Tu Secara Percuma

post by Aisya

by Aisya

Feb 13, 2018
pada 8:48 AM

Kanser serviks merupakan kanser organ reproduktif wanita yang paling utama dan kanser wanita kedua yang paling kerap berlaku selepas kanser payudara. Kalau korang nak tahu, di Malaysia seorang wanita maut akibat kanser serviks setiap 14 jam dan setiap empat jam pula, seorang wanita disahkan menghidap kanser serviks. Bagi korang yang perempuan ni, mesti rasa takut kan? 

Tapi, korang jangan risau sebab ada rawatan untuk mencegahnya iaitu

Suntikan vaksin HPV

Dengan vaksinasi ni korang dapat mencegah diri daripada terkena kanser serviks. Waktu yang sesuai mengambil vaksin ni adalah sebelum berkahwin iaitu sebelum melakukan hubungan seksual dan ianya adalah halal. 

Vaksinasi ni diberi secara suntikan di lengan sebanyak tiga kali suntikan dalam tempoh enam bulan. 

Kerajaan menyediakan suntikan secara percuma

Ha apa yang bestnya, korang boleh dapatkan suntikan ni secara percuma di Klinik Nur Sejahtera LPPKN. Nak tahu senarai klinik tu kat mana, korang boleh rujuk kat link ni. Tapi suntikan ni hanya diberi secara percuma kepada wanita warganegara Malaysia/penduduk tetap yang lahir pada tahun 1990 hingga 1996 serta wanita bujang yang belum pernah berkahwin. 

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa wanita yang lahir selepas 1997 tak perlu ambil suntikan ni? Haa menurut LPPKN ini adalah kerana mereka yang lahir pada 1997 ke atas, dah dikenakan suntikan ni semasa di bangku sekolah. 

Walau bagaimanapun, kuota jumlah penerima adalah terhad kepada 30,000 wanita sahaja untuk seluruh Malaysia berdasarkan kepada 'first come, first serve.' Kalau kuota dah habis atau korang dah berkahwin tapi belum pernah ambil suntikan ni, korang boleh juga pergi di mana-mana cawangan Klinik Nur Sejahtera LPPKN tapi korang akan dikenakan caj sebanyak RM 180 untuk sekali suntikan. 

Kos untuk mendapatkan suntikan ini agak mahal iaitu RM600 dan ini adalah peluang untuk mereka mendapatkannya secara percuma dari kementerian.- Rohani Karim