Kucing Mana Yang Menarik Perhatian Korang? Personaliti Sebenar Terbongkar Melalui Gambar Ni Je!
# Gaya Hidup

Kucing Mana Yang Menarik Perhatian Korang? Personaliti Sebenar Terbongkar Melalui Gambar Ni Je!

post by sofea

by sofea

Jun 12, 2019
pada 12:20 PM

Berdasarkan gambar ni kucing mana yang paling menarik perhatian korang?

Dah pilih?

Ok jom tengok apa tafsiran di sebalik pilihan korang!

Kalau pilihan korang adalah...

#1 Korang seorang yang pendiam dan kawan yang setia

Korang agak introvert dan tak berapa suka suasana orang yang ramai. Korang boleh jadi agak nervous dalam situasi ramai orang di sekitar, namun begitu, sangat relaks kalau berada bersama kawan-kawan rapat. Kalau korang banyak menghabiskan masa dengan geng atau orang ramai, korang akan memerlukan 'me time' atau waktu bersendiri lepas tu. 

Kalau pilihan korang adalah...

#2 Penyayang dan agak perfectionist

Korang gemar meletakkan kepentingan orang lain terlebih dahulu sebelum diri sendiri. Korang sangat sensitif dan penuh dengan empati (mudah memahami perasaan orang lain) serta seorang kawan yang sangat setia. Korang banyak risau, tapi selalunya sebab korang nak segalanya dalam keadaan sempurna. 

Kalau pilihan korang adalah...

#3 Kreatif dan tak suka mengikut apa yang orang lain buat

Korang sangat artistik dan sentimental. Korang boleh rasa emosi dengan lebih mendalama daripada orang lain. Seorang yang inovatif dan suka memikirkan idea yang baru. Walau bagaimanapun, kadang-kadang  korang rasa macam sukar difahami dan mudah disalah anggap oleh orang lain disebabkan oleh perspektif unik korang. 

Kalau pilihan korang adalah...

#4 Menyeronokkan, tapi agak kurang kemas

Korang suka buat orang lain bahagia,  mungkin dengan cara memasakkan untuk mereka atau membuat mereka ketawa. Selain itu, suka berangan dan menghabiskan masa beraktiviti di luar untuk melupakan segala tanggungjawab atau beban hidup. Tapi kalau korang set minda untuk settlekan semuanya, korang boleh jadi seorang yang bekerja keras. Di samping tu, korang adalah seorang tidak takut untuk menjadi diri sendiri. 

Kalau pilihan korang adalah...

#5 Seorang pemerhati dan berminda terbuka

Korang suka mendengar apa yang orang lain ingin katakan betul-betul sebelum  memberikan pandangan. Korang biasanya boleh agak apa yang seseorang tu rasa walaupun mereka cuba nak sorok. Sangat bijak menyelesaikan masalah dan sentiasa mengambil kira pandangan orang lain.

Kalau pilihan korang adalah...

#6 Seorang yang sentiasa mengejar kejayaan atau impian dan sangat menghargai kerja keras

Korang tahu apa yang korang inginkan dan akan meletakkan usaha yang tinggi untuk mencapainya. Korang ambil kisah pandangan orang lain dan banyak meletakkan usaha pada cara korang berpakaian dan sebagainya. Memiliki moral yang tinggi sampai sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu orang lain. Korang banyak menghabiskan masa dalam mood serius, ya, korang jarang relaks. Please, chill sikit ok?

Tepat tak dengan personaliti korang?