[KUIZ PERSONALITI] Pilih Satu Huruf, Korang Akan Tahu Jawapannya!
# Gaya Hidup

[KUIZ PERSONALITI] Pilih Satu Huruf, Korang Akan Tahu Jawapannya!

post by Ehsan

by Ehsan

Aug 19, 2019
pada 4:25 PM

Baca jawapannya di bawah:

1. A

Anda bukan seorang yang agresif, secara senyap dan sukarela melakukan tugasan lain tanpa mengharapkan balasan. Anda bukan seorang yang obses untuk mengejar seseorang tetapi sesiapa yang mendapatkan anda pastinya beruntung. 

2. B

Seorang yang berpendirian tetapi agak keras kepala. Demi mencapai prinsip diri, kadang kala anda menjauhkan diri daripada orang lain sehingga orang lain menganggap anda sukar didekati. Orang yang betul-betul dekat sahaja dianggap sebagai sahabat dan sangat sukar untuk menawan hati anda. 

3. C

Anda seorang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian hidup. Tidak mempedulikan apa yang orang lain kata terhadap anda dan tidak mudah berputus asa sebelum mencuba. Sekiranya gagal, tidak akan menyesal. Seorang yang berdikari dan tidak menyusahkan orang lain. 

4. D

Seorang yang 'straight-forward', berterus-terang, tidak berbelit-belit. Sering menjadi perhatian orang. Harga diri tinggi dan tidak suka orang mengambil kesempatan terhadap diri dan keluarga anda. Anda juga kebanggaan keluarga. 

 

Korang rasa korang yang mana satu?