Lagi Satu Majikan Komen Ragam Calon Hantar Email Mohon Kerja Serta Contoh 'The Best'
# Pengetahuan Pekerja

Lagi Satu Majikan Komen Ragam Calon Hantar Email Mohon Kerja Serta Contoh 'The Best'

post by Izuan

by Izuan

Aug 1, 2017
pada 8:52 AM

Giliran majikan yang dikenali sebagai Muhammad bin Jantan pula memberi ulasan terhadap karenah-karenah calon memohon kerja, memandangkan dah bertahun-tahun menerima email sebegini diterima setiap kali membuka peluang pekerjaan, beliau 'terpanggil untuk menegur calon-calon ini.

Hadamkan apa yang dikatakan ini, jadi jangan tanya kenapa kalau email korang selama ini tak dilayan. Dah terbukti majikan klik je terus delete sebab ada menepati ciri-ciri 'salah, tidak mengikut format ini'. Namun begitu, beliau ada kongsikan bagaimana mahu menghasilkanya dengan baik serta contoh sekali.

Memang selalu saya akan terima email permohonan kerja yang bagi saya "salah tak ikut format"

"6 hari lepas saya ada buka kerja kosong bahagian Kerani Akaun, dan sehingga status ini di update telah lebih 90 permohonan kerja diterima dan menghampir 100 permohonan kurang dari seminggu selepas tawaran kerja dibuka.

Kebiasaanya dari tahun-tahun sebelum ini, setiap kali ada tawaran kerja dibuka, memang selalu saya akan terima email permohonan kerja yang bagi saya "salah tak ikut format" untuk memohon kerja yang betul.

Bila menerima email seperti ini, saya dan admin akan asingkan atau bahasa mudahnya akan abaikan permohonan seperti ini kerana bagi saya di peringkat awal lagi anda dah tunjukkan tidak kesungguhan anda untuk memohon kerja.

Untuk kali ini saya rasa kesian dan sedih, mana tidaknya dari 90 lebih permohonan yang saya terima, hampir 30 email yang *salah, tidak mengikut format memohon kerja yang betul.

Hari ni saya rajinkan diri, satu demi satu email saya print screen untuk dijadikan contoh kepada anda yang akan memohon kerja, mungkin tidak hari ini anda memohon kerja, di masa akan datang saya harap status ini berguna untuk anda."

LIHAT SATU PERSATU GAMBAR DIBAWAH:

Gambar no 1: Hanya send resume sahaja tanpa ayat, tanpa mukadimah, ingat apa?

Gambar no 2: Selalu saya terima macam ni, dalam subject mohon jangan tulis panjang-panjang. Subject fokus dia hanya untuk tulis "Nama Jawatan Yang Anda Ingin Mohon"

Gambar no 3: Sama macam masalah no 1, hanya send resume tanpa sebarang ayat.

"Kalau anda send kepada 10 syarikat sekali pun dengan cara macam ni, silap-silap 1 syarikat pun tak panggil anda untuk interview. Kenapa? kerana orang lain punya email lebih kemas dan lebih bersungguh nak mohon kerja."

Gambar no 4: Subject dah ada, mukadimah dah ada, cuma rajin-rajinkan la jari jemari tu untuk menaip panjang sikit, tulis nama penuh, sekarang study di mana, barulah kemas email.

Gambar no 5: Bagus ada usaha masa send email, tapi sayang tak jaga dari segi kekemasan, tolong tekan "enter" supaya email ini nampak lebih kemas.

Gambar no 6 dan 7: Hantar resume macam ni nak berkenalan dengan saya ke?

*Kalau anda lihat betul-betul, saya ada tulis no di bawah gambar.

OK CUKUP DENGAN KESALAHAN FORMAT EMAIL MEMOHON KERJA.

Saya sertakan sekali contoh-contoh gambar email yang anda boleh jadikan rujukan, anda cuma perlu ubah kepada nama anda, univeristi.

SAYA BANTU LAGI, IKUT SAHAJA FORMAT DIBAWAH NI:

1. Alamat E-mel Professional,


Mohon sangat untuk anda gunakan email yang nampak professional, bukan email yang berbelit belit lidah nak baca, lepas tu siap ada cayunk-cayunk @gmail lagi adeh.

2. ‘Subject Header’​​


Bagi saya ini penting, mohon gunakan "Subject di email" untuk tulis apa tujuaan anda send email, jika tujuaan anda untuk apply kerja, tulis jenis jawatan yang anda ingin mohon.

3. Isi Kandungan E-mel


Yang ni ramai abaikan, kome ingat cukup dengan hanya send resume tanpa satu ayat pun?

Biasakan tulis,

Pengenalan diri secara ringkas,
Pengalaman praktikal/kerja,
Kelebihan diri anda yang buatkan majikan perlu mengambil anda bekerja,
Butiran untuk dihubungi, dan

YANG NI BONUS KALAU ADA,

‘Recommendation Letters’
Surat sokongan bertulis dari majikan tempat anda pernah pratikal / latihan industri).

Selepas anda ikut apa yang saya tulis ini, berserah dan berdoa kepada Allah, moga-moga syarikat yang anda mohon kerja terbuka hati untuk panggil anda interview.

Akhir kata,

Semoga dengan adanya status ini, saya harap tidak lagi anda send permohonan kerja yang salah.

Ada ke yang baca sampai habis?

Kalau ada Alhamdulilah.
Moga bermanfaat.

Muhammad bin Jantan
Anak Muda Yang Tengah Mencari Kerani Akaun

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> RESUME DESIGN PERCUMA
> Aktiviti Menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket Express ke tempat temuduga. terhad kepada 3,000 pendaftar terawal >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma