Laptop Lembab Macam Siput? Tak Perlu Hantar Kedai, Boleh Guna Cara Lelaki Ni Ajar
# Trending Semasa

Laptop Lembab Macam Siput? Tak Perlu Hantar Kedai, Boleh Guna Cara Lelaki Ni Ajar

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 27, 2021
pada 9:44 AM

Laptop Lembab Macam Siput? Tak Perlu Hantar Kedai, Boleh Guna Cara Lelaki Ni Ajar

Penggunaan laptop atau desktop dah jadi seperti satu kemestian dalam kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi bagi individu yang bekerja ataupun pelajar yang masih belajar. 

Tapi kadang-kadang tu, perjalanan kerja kita terganggu disebabkan oleh masalah-masalah yang wujud sewaktu menggunakan laptop atau desktop. Tengah syok menaip buat kerja, tiba-tiba laptop atau desktop korang tu slow tiba-tiba. Nak bukak satu tab ke satu tab pun boleh makan masa yang lama. Jadi, macamana kerja nak laju, kan? 

Lepas ni, korang dah tak payah risau dah. Lelaki ini jelaskan cara bagaimana nak selesaikan masalah laptop atau desktop yang slow macam siput.

"Malwarebytes ni one step up dari antivirus program biasa. Sekali run maybe kalau laptop yang lembab tu, boleh jumpa 10K viruses."

"Sekali sekala please defrag hard drive or optimize garbage collection on SSD, will help with file cache and optimize space."

"Untuk windows 8 and above, bukak Task Manager, pergi ke tab Startup, and disable semua kecuali program penting."

"Untuk driver, make sure kalau anda guna laptop Intel + Nvidia combo, download display driver untuk Intel dan Nvidia sekali."

 

"Biasanya display driver tu, pernah terjadi kat aku, or worst case scenario, backlit LED dah rosak. Try fresh install display drivers."

"And, jangan tertipu dengan kedai kalau korang pergi kedai, korang mintak laptop yang mampu render AutoCAD, guna Geforce 920M/930M/940MX..."

"Alternatively, dari korang beli laptop, or korang dah ada laptop tapi underspec, korang build la desktop instead."

"After a couple of years. Itu sebab laptop ni tak kiralah how careful you are bila using it, akan ada satu point korang kena service jugak."