Lazada Buat Hal! Customer Bengang Terbeli Iphone 8 Plus Harga Ori RM3,499, Rupa-Rupanya..
# Trending Semasa

Lazada Buat Hal! Customer Bengang Terbeli Iphone 8 Plus Harga Ori RM3,499, Rupa-Rupanya..

post by Nazatul

by Nazatul

Jun 11, 2018
pada 5:22 AM

Kebelakangan ini, ramai betul yang mengadu pasal Lazada. Dah bayar, barang tak sampai. Ada juga yang kata dah bayar, tapi tracking number pula tak dapat dan sebagainya.

Berang dengan hal tersebut, netizen dikatakan telah menyerang laman Facebook rasmi syarikat jualan online tersebut. Biar betul?

Baru-baru ini seorang wanita membeli iPhone 8 Plus dari laman beli-belah online popular pada 4 Jun lalu, bagi menggantikan telefon lamanya. Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati telefon yang diterima rupa-rupanya iPhone palsu. 

Menurut Charlene Lau, ketika dia membuka kotak iPhone itu, dia menyedari iPhone yang diterima itu bukan berwarna 'silver' seperti yang dipesannya, sebaliknya berwarna kuning emas.

"Sudah bertahun-tahun menjadi peminat setia dan menggunakan pelbagai model iPhone, saya rasa inilah peluang untuk memeriksa sama ada iPhone itu tulen atau palsu," katanya. 

Hasil pemeriksaannya mendapati, terdapat banyak perbezaan pada telefon berkenaan di mana OS-nya (operating system) berbeza dengan OS iPhone tulen. 

"Bila saya periksa bahagian About Me, kapasiti yang dipaparkan ialah 256 GB, bukannya 64GB mengikut apa yang telah saya pesan sebelum ini. 

 

"Tambahan, nombor siri, model, nombor IMEI di dalamnya juga tidak sama dengan yang dinyatakan pada kotak iPhone," katanya. 

Apabila Charlene cuba memuat naik kemaskini terkini bagi aplikasi WhatsApp, secara automatiknya paparan skrin dihalakan ke Google Play Store (Android), sedangkan ia sepatutnya membuka App Store.

Bukan sahaja iPhone 8 Plus itu palsu, malah Charlene mendakwa aksesori yang disertakan juga kelihatan lama dan palsu, selain mengetahui peranti itu rupa-rupanya model klon dari China. Ekoran kejadian itu, Charlene membuat aduan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Terdahulu, Charlene mendedahkan ada pihak yang menghubunginya selepas mengetahui post Facebooknya itu viral di media sosial. Pihak berkenaan katanya, telah meminta dia menurunkan gambar dan status post Facebook itu. 

"Mereka menghubungi dan menawarkan pilihan kepada saya sama ada mahu diganti dengan iPhone tulen atau wang dikembalikan dengan baucar tambahan RM100. 

"Dalam masa yang sama, mereka menyedari post saya di Facebook dan meminta saya membuang post tersebut selepas masalah ini diselesaikan," katanya. 

Difahamkan, Charlene juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan tidak beberapa lama kemudian, pihak berkenaan pula berkata, pihaknya akan menghantar iPhone 8 64 GB warna silver itu ke tangan penerimanya sendiri dan dalam masa yang sama mengambil kembali iPhone palsu berkenaan untuk tujuan siasatan. 

Tidak lama selepas itu, iPhone 8 Plus berwarna silver saiz 64 GB telah dihantar dan Charlene mengesahkan di telah menerima peranti berkenaan.

Charlene memuji kepantasan pihak berkenaan menyelesaikan masalah tersebut. Meskipun begitu, Charlene menasihatkan orang ramai berhati-hati apabila berbelanja di talian bagi mengelakkan perkara seumpama itu berulang lagi.