Lebih 700 Pekerja Di Kedah Hilang Pendengaran Di Tempat Kerja Punca Dari Majikan!
# Trending Semasa

Lebih 700 Pekerja Di Kedah Hilang Pendengaran Di Tempat Kerja Punca Dari Majikan!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 16, 2017
pada 9:08 AM

Seram! Tapi itulah kebenaran yang terjadi. Seperti yang dinyatakan dalam tajuk, lebih 700 pekerja di Kedah direkodkan mengalami masalah hilang pendengaran berpunca di tempat kerja sepanjang tahun lalu.

Berdasarkan laporan, sepanjang 2016, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP) mencatatkan jumlah keseluruhan 747 kes penyakit pekerjaan. Masalah hilang pendengaran mencatatkan jumlah tertinggi penyakit pekerjaan iaitu sebanyak 701 kes diikuti masalah paru-paru (25 kes), ergonomik (18 kes), penyakit kulit (2) dan keracunan (1).

 

Mengapakah ini terjadi?

Mengikut kajian, kesemua kes yang berlaku dikatakan berpunca daripada kecuaian majikan yang tak menitikberatkan soal keselamatan dan kesihatan pekerja​. Selain daripada masalah keselamatan di tempat kerja kerja yang disebabkan oleh kemalangan atau kecederaan, pekerja juga boleh ditimpa penyakit khidmat atau penyakit pekerjaan. Penyakit khidmat ini dikaitkan dengan kesihatan pekerjaan. Mengurus kesihatan pekerjaan bermaksud melindungi pekerja dari penyakit fizikal atau emosi yang disebabkan oleh pekerjaan. Penyakit khidmat adalah gangguan kepada keupayaan mental, emosi, dan fungsi-fungsi normal seseorang yang disorong oleh faktor pekerjan.

Contoh-contoh penyakit khidmat ialah penyakit paru-paru kerana terdedah kepada habuk-habuk, pekak kerana terdedah kepada bunyi mesin-mesin yang kuat pada tempoh yang lama, kanser penyakit kulit, ketegangan kerja dan ketandusan upaya. Penyakit khidmat adalah sukar dikesan. Adalah sesuatu yang merugikan apabila syarikat atau industri menghabiskan wang yang banyak untuk membayar bil-bil perubatan dan insurans tanpa menyedari bahawa penyakit ini boleh dicegah atau dikurangkan.

 

Peranan majikan memastikan kesihatan pekerja terjamin