Lelaki Ini Kongsi Keistimewaan & Kekurangan Bila Korang Subscribe YouTube Music & Premium
# Trending Semasa

Lelaki Ini Kongsi Keistimewaan & Kekurangan Bila Korang Subscribe YouTube Music & Premium

post by Ehsan

by Ehsan

Nov 10, 2019
pada 5:41 PM

YouTube Premium dan YouTube Music kini boleh didapati di Malaysia untuk pengalaman bebas iklan di bawah RM20 sebulan.

Terdapat beberapa peringkat pakej, dengan YouTube Music Premium berharga RM14.90 sebulan, manakala YouTube Premium berharga RM17.90 dan keluarga YouTube berharga RM26.90.

Baca perkongsian/thread lelaki ini yang mendapat 4K retweets di Twitter tentang kedua-dua aplikasi YouTube baharu ini. 

 

YouTube Music ni adalah pesaing Spotify and Apple music

Ada banyak playlist, live performance, video baru and trending..

..boleh download for offline time korang takda data!

Ok next aku nak cerita pasal Youtube Premium.

Ada YouTube Original. Which is content TV series sama macam Netflix. Got BTS documentaries also..

Korang boleh download and watch it offline. Semua video yang korang tengok kat YouTube takda ads langsung!

YouTube Music - RM14.90 sebulan (individu) / RM22.90 sebulan pakej keluarga (boleh tambah 5 ahli berumur 13 tahun ke atas)

YouTube Premium - RM17.90 sebulan (individu)  / RM26.90 sebulan pakej keluarga (boleh tambah 5 ahli berumur 13 tahun ke atas)

Kalau korang subscibe YouTube Premium, korang akan dapat both benefits.

Jadi, mana satu pilihan korang? YouTube music atau YouTube Premium?