Lelaki Ini Pandang Depan Atau Tepi? Jom Bongkar 'Rahsia' Personaliti Korang Melaluinya!

Haifa Nasir
by Haifa Nasir
Feb 13, 2019 pada 4:57 PM
Kategori: Gaya Hidup

Semua orang mempunyai habit yang tersendiri. Ada yang suka gigit kuku bila tertekan, ada yang memang tabiat lambat 'lambat bangun', 'lambat makan', 'lambat pegi kerja'. Eh! serba serbi lambat lah. 
 
Sebenarnya, tanpa korang sedari semua perkara kecil ni la yang menentukan keperibadian korang. Kadang dengan cara korang  'selfie' je pun dah boleh menunjukkan sikap keterbukaan, neurotik, atau kesopanan korang. Uish! tak sangka kan?
 
Seronok juga bila kita boleh belajar benda baru tentang diri sendiri ni! Bukan je menarik, tetapi juga berguna untuk kita lebih menghargai dan menyayangi diri kita. Encourage 'Self-Love' sangat!  Untuk mendedahkan keperibadian diri korang, maukerja team nak korang jawab soalan ini: Lelaki dalam gambar ni pandang kearah mana? Pandang tepi atau pandang depan sebernarnya?
 
 
Jangan risau! Takde jawapan yang betul atau salah dalam kajian ni. Korang cuma perlu  tengok gambar diatas dan jawab ikut 'rasa hati korang'. Jawapan yang terdetik kat hati korang tu yang akan merungkai personaliti diri korang yang sebenarnya weh. Jom cuba!
 

1. Lelaki Ni Pandang Depan

 
Kalau korang rasa lelaki ni pandang ke depan, ini bermakna korang..
  • Korang ni seorang yang berkeyakinan tinggi, korang mampu melihat ke dalam mata seseorang dengan penuh yakin, tanpa segan silu! Korang juga dengan mudahnya meyakinkan orang dengan kata-kata korang. Wah 'mulut manis' lah ni kiranya! Korang seorang yang berfikiran terbuka serta mudah menerima perkara-perkara baru, disebabkan sikap 'open minded' korang ni, korang cenderung untuk menceburkan diri dalam peluang perniagaan baru dan melaksanakan nya dengan ghairah dan bersemangat, walaupun hanya pada peringkat idea je! Personaliti tambahan yang korang miliki ialah seorang yang aktif dan pandai bergaul.

  • Tak cukup dengan tu, korang juga sering menjadi tumpuan dan suka menjalani kehidupan yang penuh dengan perkara-perkara menarik dan kelainan adalah suatu perkara yang menyenangkan bagi korang. Kadangkala korang sukar untuk diramal! Korang sejenis yang lincah dan memang tak reti nak duduk diam, ada je perkara yang korang akan buat. Kebebasan adalah faktor utama untuk korang ekspresikan diri tak kira samada dalam persahabatan atau percintaan.

  • Optimistik adalah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan diri korang, korang sering mencari kebaikan dalam sesuatu perkara. Korang sebenarnya sumber inspirasi kepada orang lain tanpa korang sedari. Pengalaman yang baru, emosi yang positif, dan pengembaraan yang mencabar amat penting untuk buat korang rasa puas dan gembira.

 
Kalau korang rasa, tak lah! Lelaki ni pandang tepi, ini personaliti korang disebaliknya..
  • Korang seorang yang pemalu dan bersikap sederhana. Penting bagi korang untuk semua perkara berada di bawah kawalan dan korang suka meramal sesuatu keadaan. Sekiranya sesuatu keadaan tak terkawal, korang akan mudah rasa 'nervous', risau dan takut. Korang mudah terkeliru, tapi korang cepat untuk 'cool down' dan cari jalan untuk selesaikan masalah yang korang hadapi dan atasi setiap halangan.

  • Korang ni perahsia orang nya! Tak semua orang bernasib baik untuk berada di dalam 'circle' korang. Korang ada beberapa orang kawan rapat je, sebab korang lebih pentingkan kualiti berbanding kuantiti. Korang bersedia untuk mengorbankan kepentingan korang untuk orang yang disayangi. Korang juga dapat membaca emosi dan perasaan orang lain melalui anak mata diorang je, powernya! Korang juga seorang yang teliti dan sering memperhatikan perkara-perkara kecil. Kadangkala korang mudah mengikut perasaan sendiri, walaupun mendapat tentangan orang lain.

  • Korang seorang yang sensitif hati yang mudah terasa. Tapi korang juga merupakan seorang pendengar yang baik. Korang akan jadi lebih kuat untuk setiap  rintangan yang korang berjaya harungi. Korang cuba untuk kekal positif, walaupun korang suka 'overthink'. Korang juga sejenis yang berusaha keras untuk memahami diri sendiri. Keharmonian dan 'inner peace' adalah penting untuk kesejahteraan hidup korang.

Tepat tak personaliti ni dengan diri korang?  Kongsi pendapat korang kat ruangan komen okay!