Lelaki Ni Kongsi Taktik Bijak 'Tackle Soalan Interviewer' Yang Membolehkannya Terus Ke Second Interview
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Lelaki Ni Kongsi Taktik Bijak 'Tackle Soalan Interviewer' Yang Membolehkannya Terus Ke Second Interview

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 24, 2017
pada 2:07 AM

Fresh grad dan masalah pencarian kerja pertama memang tak dapat dipisahkan. Dah nama pun fresh grad kan, mana ada pengalaman mencari kerja sebelum ni.

Bagi mengasah lagi skil pencarian kerja, mereka perlu banyak belajar daripada mereka yang berpengalaman dalam hal-hal berkaitan dengan kerja ni. Sehubungan dengan itu, kami ingin kongsikan pengalaman oleh seorang fresh grad dalam 'journey' beliau mencari kerja. Bayangkan, dia terima banyak tawaran kerja dan siap boleh pilih lagi syarikat mana yang berkenan di hati. Macamana dia buat?

 

Tips Selepas Dapat Result


1. Mula2, tengok result tu, jangan buat2 lupa plak walaupun dah tahu yang result kita memang RIP.

2. Seboleh bolehnya cepat2 mintak original transkrip dan surat tamat belajar dari uni masing2,sebab benda ni penting. aku tiga hari lepas dapat result, terus aku pi mintak benda alah ni.

3. Jangan buang masa. buat lah part time apa2. aku dulu part time runner & waiter catering. lpas je aku hbis blajar, aku still bermastautin di rumah sewa seting garden aku nih. ye la, sambil2 cari real job. kalau baling kampung, internet haremmm xdapat.

4. Perkemaskan segala resume, cv, cover letter kau. bagi aku, CV lagi bagus. ye lah, ko boleh taram kuat sikit. resume ni ringkas sangat. so, di sebabkan aku ni kurang menyerlah dari segi akademik, aku sedya upaya utuk jadikan cv aku ni sebagai satu platform untuk menarik minat majikan. aku citer smua benda, tapi ringkas dan detail. kadang2 aku ubag resume aku ikut kesesuaian jawatan aku. Note: CV aku xpnah xkena highlight…ehem ehem..haha

5. Apply kerja, rajin2 kan diri pegi job fair anjuran2 1M4U ke, Jobsmalaysia ke, MAHA ke, ape ke….sebab melalui ni, boleh tahan banyak gak vacancies yang ditawarkan dan banyak info2 yang berguna.

 

Cara Nak Apply Kerja


1. Cara paling bagus, ko search nama company tu, then email direct kat dia. Melalui teknik ni, aku dapat satu job offer for my very first iv. nanty aku citer selanjutnya kat bawah.

2. Surat Khabar. Ni yang pling aku suka. sebab xramai yang apply dan tak ramai orang baca benda alah ni, asyik melekat kt ig,fb,twit twit jer. aku suggest The Star. Metro Boleh jugak. tapi metro kurang la utk position2 professional ni. kenapa aku cakap surat khabar bagus?? dalam 4 application, tiga akan reply, dan dua panggil iv. perghh….ni pengalaman aku beb. surat khabar ni bukan bnyak pun iklan, tapi nak dapat senang. setakat ni aku dapat 6 iv dari 10 yang aku apply!!

3. Join Jobfair untuk drop resume dan walk in iv. sediakan segala kemungkinan. Fotostat sijil bebanyak,resume kau, n bawak pendrive kau. sebab ada company yang suruh kau upload je resume kau dalam web diorang. pakaian tu mencerminkan keimanan. hehehe. make sure pakai kemas, trim jambang n misai bagi laki, yang pompuan, xpayah nak belit kuat2 sangat tudung tu,ingt, dtg jobfair nak cari kerja, bukan cari jodoh!

 

Cara Nak Email


1. Guna proper email akaun. makesure guna email proper. jangan pakai email anje_cutie96@roketmail.com plak. tu setakat nk buat email cover untuk akaun wicit boleh la bang ang. aku suggest pakai nama sebenar kau and suggest pakai gmail akaun.

2. Adab menulis email. tips ni banyak ko boleh dapat kt fb sedara Ir. Meor Shamsir. rajin2 lah kesana. tapi bagi aku, benda tu just commansense jer. tapi ada sesetengah freshy yang tahap kebijaksanaan boleh di ragui sebab xda nilai2 cenggini. benda penting macam “subject” pun x isi. buat la ayat proper sket, contoh “Application for Prime Minister Position At Your Country”. contoh. itu contoh. lepas tu kat dalam body, ko letak je cover letter kau, kalau boleh ringkas, lagi bagus, dan attached resume or cv kau, baru send. kenapa aku bagi tahu gak pasal benda dajah nih?? sebb aku penah sent tanpa attached resume aku. 

 

Cara untuk dapatkan keberkatan dan di murahkan rezeki.


1. Hidup jangan sombong, bersyukur. so, wajib ke atas kita utk bersyukur atas segala nikmat yang Dia beri. Titik.

2.Dhuha. solat dhuha. ye, aku paham, korang ni jenis subuh gajah, dinosaur, t-rex bagai. so, lpas solat tu, tunggu kejap, then solat duha. tpi tu lah, kadang2 solat subuh pn dalam waktu dhuha.hahaha…brubah la der…

3.Restu mak ayah. ok, yang ni memang kena ngan aku. arwah bapak aku dah meninggal, so, tinggal mak aku je. nak di jadikan citer, aku hari2 apply job dan solat dhuha bagai, tapi macam xder rezeki. aku pun muhasabah diri. satu benda yang aku lupa nak buat, restu mak aku. lpas hbis je stdy, aku x balik kg pn, mak aku sensorang kt kg. minggu tu jgak aku decide nak balik kg nk jumpa mak aku. bila balik, aku gembirakan hati dia. aku tlg mak aku kat dapur, menebas semak samun, cuci longkang, cat rumah bagai, bagi makan kat kucing kesayangan dia,si hitler tu, dan lain2.aku blik kg seminggu je, xlama. sbb abg aku emergency, dan perlukan mak aku utk jga anak dia sbb abg aku kt oversea. aku? pack barang, hantar mak aku, then datang ke setting garden aku.

 

Interview


1.Tahu dan faham tentang position yang di apply. Dua hari selepas aku blik setting garden aku, aku dapat Iv as sales engineer kat kilang aircond besar gedabak di shah alam.aku apply direct ke company. calon smua 4 orang. aku sorang je fresh, yang lain dah berpengalaman dah. seharian aku x sedap duduk sebab cuak. aku prepare segala benda. aku baca smua sal company tu termasuk annual report diorang, punya la prepare. tup tup, time iv, aku baru prasan aku terlupa something, aku lupa nak study pasal aircond!!!! benda paling penting skali wehhhhh….aku xdpat position tu.hahaha silap aku.

2. Prepare resume dan sijil. aku senang je, semua sijil2 transkrip dan resume aku, aku buat macam buku, siap ada cover lagi/ so, bila nak iv, aku bagi seketul, senang. dan stakat ni, smua iv yang aku pegi, puji effort aku tu. aku yakin, orang lain pun buat macam tu jugak…kan?

3. Tackle soalan dari interviewer. di sebabkan kegagalan iv aku yang pertama, aku belajar utk tackle soalan. aku manipulate interviewer utk tya soalan yang aku nak. cara dia, aku study pasal position tu dan relate dengan apa yang aku belajar. second iv, aku dapat iv uitk position testing engineer. so, bila aku go through skop kerja dan company background, company ni buat testing utk welding. sehari sebelum iv, aku buat karangan cantik2, bermula dengan “tell me about yourself” cliche question dan tambah sikit trick. bermula dari soalan ni, aku buat macam biasa, tapi bila part last2, aku nak trick dia, aku citer yang aku ada amek subject applied welding sebagai subject minor aku time last semester. then aku stop. bila dia dengar je, soalan kedua dia terus tnya pasal welding dan aku dah agak tu soalan yg dia nak tanya. aku citer sal welding, bila last2 dekat nak hbis, aku citer yang aku ada buat testing utk welding then fullstop. pergh, interviewer tu punya ghairah, lain macam! guess what? dia tanya aku, test apa yang aku buat and apa significant dia. aku balun kaw2. sampai xda soalan dia nak tanya beb. dia puas hati, then proceed second iv haritu jugak. tapi malang maybe rezeki aku xda kat situ. gaji di tawarkan amatlah rendah, lagi rendah dari gaji diploma tapi di tambah dengan elaun2 lain yang mana bagi aku xberbaloi dan takde harapan memandangkan aku xder keta dan dia nak org yang ada keta.satu lg sebab dia kata keja memang 8-5, tapi biasanya balik pukul 9malam dan xda oti seyh.tapi aku iye kn je. ckp ok je. bila aku tya mak aku n abang2 aku, diorg xstju, then aku tolak.

4. Jangan Malu atau defensive.xtahu, tanya, cakap kena kompiden, jangan tunjuk lemah walaupun result kita ciput. tunjuk something kat interviewer kita yg boleh meyakinkan dia bahawa kita adalah insan terpilih untuk jawatan tu. cara dia, tengok atas individu dan interviewer kau. so, time interview tu, ko cuba lah untuk kenal pasti cara dia macam mana dan perangai dia macam mana. benda ni agak susah, tapi aku xda pilihan. nk impress guna transkrip, memang x la citer dia.

 

As a result, aku dapat banyakl iv dan pengalaman iv. aku dapat lima offer kerja dan aku pilih yang terbaik. sekarang aku dah kerja, syukur alhamdulillah, and minggu lepas,aku dpt offer lagi bagus dari company lain. gua gerak lu lah dari company lama. hehehe. sebenarnya banyak lagi, tapi cukup ni jelah. aku bukan pakar pun. lagi pun aku biasa biasa je. nak tulis panjang2, ye lah, orang kita ni bukan minat membaca. kalau gambar rajah or lukis2 senang la diorang paham.hehehe so, sapa yang baca habis, trima kasih yer sudi baca, harap perkongsian ni berguna.