Lelaki Ni Sedang Pandang Arah Mana? Tentukan Tahap Stress Dalam Diri Anda Di Sini!
# Gaya Hidup

Lelaki Ni Sedang Pandang Arah Mana? Tentukan Tahap Stress Dalam Diri Anda Di Sini!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 22, 2022
pada 1:28 PM

Korang pernah tak melihat sesuatu gambar dan korang tak dapat jelaskan dengan tepat apakah maksud di sebalik gambar tersebut? Sebagai contoh, ada orang dapat melihat dengan jelas apa yang ada dalam sesebuah gambar. Tapi ada juga yang tak dapat melihat dengan jelas apa yang ada dalam gamabr tersebut.

Ini sedikit sebanyak ada berkaitan dengan personaliti dalam diri kita. Apa yang kita sedang fikirkan itu menentukan apa yang muncul dalam pandangan kita. Cuba korang lihat gambar di bawah ini, korang rasa lelaki dalam gambar ni sedang melihat ke arah mana?

Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 23/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja

 

Jawapan

 

1. Orang Ini Melihat Dari Bawah Ke Atas

Anda sedang mengalami tekanan sosial! Akhir-akhir ini anda merasakan yang tiada seorang pun yang memahami anda. Anda juga suka menyendiri dan mudah merasa marah. Anda juga malas untuk menjelaskannya kepada orang lain. 

Jika anda sedang berada dalam situasi begini, sebaiknya anda berceritalah dengan sesiapa yang anda rapat dan paling percayai. Jangan pendam sendiri tau!

2. Orang Ini Melihat Dari Atas Ke Bawah

Anda sedang mengalami tekanan fizikal! Anda terlalu kuat bekerja sehinggakan anda lupa untuk bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kalau berterusan, ini akan memudaratkan kesihatan anda tau! Sebaiknya, janganlah terlalu stress dan sekali-sekala rileks kan lah diri anda tu. Pergilah berlibur dengan rakan-rakan sebab tubuh dan otak anda juga memerlukan rehat yang cukup!

3. Pandangan sejajar (lurus)

Anda tidak mengalami sebarang tekanan! Nanti dulu, ini tak bermakna yang anda tidak mempunyai masalah langsung. Cuma anda bertindak untuk tidak terlalu memikirkannya. Anda percaya yang setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Maknanya, anda ni seorang yang selalu berfikiran positif! 

Anda pastinya seorang yang kelihatan tenang je sepanjang masa kan? Memang betul-betul positif!

Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 23/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja