Lepas 30 tahun, Penulis Quotes Inspirasi Ini Akhirnya 'Quit' Sebab Kering Idea
# Pengetahuan Pekerja

Lepas 30 tahun, Penulis Quotes Inspirasi Ini Akhirnya 'Quit' Sebab Kering Idea

post by Izuan

by Izuan

Oct 19, 2017
pada 11:56 AM

Siapa yang suka pergi makan kedai restoran cina semata demi fortune cookie? Bukan kisah sangat pasal makanan, asalkan dapat fortune cookie tu dan pecahkan untuk tahu apa kata-kata azimat yang kita dapat, betul tak? 

Satu berita buat korang semua, lelaki yang selama ini menulis mesej pendek dalam fortune cookie untuk 30 tahun lamanya bertindak untuk berhenti kerja kerana kehabisan idea! Donald Lau yang berkhidmat sebagai Chief Fortune Writer di Wonton Food sebuah pengeluar fortune cookie yang terbesar berkata yang ideanya sudah kehabisan selepas 30 tahun.

"Saya biasanya menulis 100 mesej setahun, tetapi kebelakangan ini hanya 2-3 sebulan sahaja"

Mengapa ini terjadi? Kerana ketandusan idea selepas berkhidmat lamanya. Sejak 6 bulan lepas lagi, dia telah melatih anak buahnya, James Wong, 43 iaitu pengasas Wonton Food yang sebenar untuk mengambil alih tugasnya. 

Mungkin kesemua kata-kata pujangga yang dapat dia fikirkan sudah dicurahkan pada fortune cookie tersebut. Apa-apa pun terima kasih untuk khidmat selama 30 tahun ini yang berjaya memberi senyuman manis pada pelanggan yang membaca mesej dalam fortune cookie mereka. Diharapkan agar legasi ini dapa diteruskan sampai bila-bila.

*Sumber: TIME