Lepas Baju Melayu Hipster & Sado, Kini Trend Baju Melayu Breastfeed Pula!
# Trending Semasa

Lepas Baju Melayu Hipster & Sado, Kini Trend Baju Melayu Breastfeed Pula!

post by Aisya

by Aisya

May 26, 2018
pada 3:25 AM

Kalau korang perasan setiap tahu industri fesyen tempatan pasti akan digegarkan dengan rekaan 'kontroversi' Baju Melayu daripada segelintir pereka tempatan yang cuba memaparkan kelainan dalam sentuhan kreativiti mereka. 

Buktinya, sebelum ini baju Melayu Hipster yang bertemakan corak; baju Melayu Sado, baju Melayu Teluk Belanga bersama Bow Tie selain kurta tanpa lengan serta jubah ala-ala baju ibu mengandung nyata mengundang cemuhan pengguna media sosial berikutan fesyennya disifatkan ‘terlajak’ unik.

Terbaharu, pereka fesyen Baju Melayu Hipster, Zery Zamry kembali mencetuskan kontroversi sama apabila cuba memberi nafas baharu kepada pakaian lelaki, iaitu kain pelikat hipster.

Sentuhan pereka fesyen ini mungkin ingin memfokuskan penggunaan kain pelikat agar diberi perhatian oleh masyarakat muda zaman ini namun, sentuhan yang dibawakan bagi kami adalah lebih ke arah baju kurung wanita. Cuba korang perhatikan sendiri di bawah.

 

2018: Baju Melayu for breastfeeding fathers

Untuk tahun ni pulak, lahirnya satu lagi fashion baju yang digelar netizen sebagai  'Baju Melayu for breastfeeding fathers' .

Koleksi yang diberi nama Qurta Saputra itu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu apabila ramai menyifatkan rekaannya sebagai mengarut kerana rekaan baju berkenaan yang mempunyai belahan di bahagian depan dan boleh diselak disamakan dengan baju untuk menyusukan anak.

So dalam bebanyak Baju Melayu kat atas ni, ada yang berkenan di hati korang tak? Atau korang rasa pakai baju melayu yang asal seperti Teluk Belanga dan Cekak Musang lagi nampak kemas dan macho? Gittuw!