Lepas Setahun Barulah CCRIS Korang Boleh Jadi 'Cantik' Balik. Jangan Buat Main Dengan PTPTN!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Lepas Setahun Barulah CCRIS Korang Boleh Jadi 'Cantik' Balik. Jangan Buat Main Dengan PTPTN!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 20, 2017
pada 3:13 AM

Ramai antara kita yang memohon pinjaman PTPTN demi melangsungkan pembelajaran di universiti bukan? Pinjaman pembelajaran ni bukan sikit, ada yang meminjam sehingga ratusan ribu ringgit. Kalau nak bayar sekali gus memang sampai ke sudah lah tak akan mampu. Jadi PTPTN telah berikan kelonggaran dengan membayar secara ansuran setiap bulan. 

Kepada mereka yang meminjam PTPTN sewaktu Diploma dan juga sewaktu Degree, baik lah korang ambil ikhtiar daripada insiden ini. Bahana ambil ringan mengenai pinjaman PTPTN, Evalyn Tam telah memuat naik status di Facebook akaun miliknya dan berkongsi mengenai PTPTN serta CCRIS.

"Do not assume you don't need to pay after you submit the 'further study letter' to PTPTN"

Kepada mereka yang meminjam PTPTN baik lah luangkan sedikit masa dan pergi ke Bank Negara untuk semak status CCRIS korang. Jangan ingat jika korang sudah hantar "surat melanjutkan pelajaran" ke PTPTN, maknanya sudah terkecuali daripada membayar. Kalau korang nak tahu, walaupun korang sedang melanjutkan Degree, korang masih perlu membayar pinjaman itu 6 bulan selepas tarikh tamat Diploma. 

 

"We got no income to pay for it"

Pelajar universiti yang tiada gaji tetap macam mana lah nak bayar pinjaman beribu-ribu tu. Pihak universiti beritahu yang surat melanjutkan pelajaran itu boleh postpone tempoh bayaran balik sehinggalah tamat belajar tetapi rupanya tidak. Pihak PTPTN memberitahu yang surat itu hanyalah untuk nak elak pemohon daripada kena blacklist oleh pihak immigration serta bank sahaja, dan bayaran ansuran itu masih perlu dilakukan seperti jadual yang telah ditetapkan. 

 

"BNM staff told me that my CCRIS can only be "cantik" after one year"

Kes ini masih belum selesai apabila mahu memohon loan di bank. Pergi semula ke BNM untuk print CCRISS dan buktikan yang beliau sudahpun membayar kesemua jumlah tunggakan. Baru sedar rupanya staff BNM kata CCRIS boleh "cantik" lepas tempoh setahun selepas tunggakan dilakukan. Setahun okay, ianya memang lama. Bayangkan korang tak layak untuk mohon sebarang loan sehinggalah tempoh itu tamat dan bagi mereka yang sudah ada rancangan hidup, bagaimana? 

 

"Don't let the same thing happen on you, your family or your friend"

Jangan tangguh-tangguhkan lagi dan segera pergi ke Bank Negara Malaysia untuk semak rekod CCRIS korang. Korang juga boleh telefon pihak PTPTN dan mereka sedia untuk membantu. Jangan biarkan perkara yang sama  berlaku kepada korang, keluarga atau kawan. Ini lah padahnya jika ambil ringan mengenai PTPTN. 

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Johor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Syarikat Besar turut menyertai : AEON, Aegis, Padini, Guardian, Dream Job, CAREDO, COOLBLOG, GigaGis, Air Tech Engineering & Consultancy Pte Ltd, dan pelbagainya!
  • Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
  • Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP

(Terhad kepada 8,500 pendaftar terawal, sekarang dah ada 7,000 tau!)

 

PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]