Luahan Terharu Abang  Apabila McD Sudi Terima Adiknya Yang Syndrome Down Bekerja
# Gaya Hidup

Luahan Terharu Abang Apabila McD Sudi Terima Adiknya Yang Syndrome Down Bekerja

post by Izuan

by Izuan

May 15, 2018
pada 12:02 PM

Sedangkan manusia yang sempurna fizikal pun susah nak dapat kerja apatah lagi bagi mereka yang kurang upaya. Amat mengharukan jika ada majikan yang sudi terima golongan seperti ini sudi memberikan peluang kepada insan-insan istimewa ini mendapatkan pendedahan dalam dunia pekerjaan yang sama seperti orang lain.

Pemuda  yang menghidap syndrome down, Mior Azib Mior Kamarulbaid yang berumur 23 tahun ini diberikan peluang oleh McDonald's Malaysia untuk bekerja di premis mereka. Sikap murni syarikat makanan segera ini telah membuatkan abangnya Mior Azlan Junior tak putus-putus menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada syarikat tersebut

"Saya Tak Kisah Pasal Gaji Yang penting Azib Boleh Bantu Diri Dia Untuk Terus Kehidupan Seperti Orang Lain"

Baginya, gaji bukanlah satu perkara yang diutamakan, apa yang penting adalah pendedahan insan-insan istimewa ini untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa agar mereka tidak rasa terasing daripada masyarakat luar.

"Terima Kasih Mcd bagi peluang Adik saya kerja , walaupun Adik saya ni sindrom Down serba kurang , sekurang- kurangnya Mcd beri peluang untuk anak - Anak syurga mcm Azib urus diri , Saya tak kisah pasal gaji yang penting azib boleh bantu diri dia untuk teruskan kehidupan seperti orang Lain .Terima Kasih Mcd Semoga Allah bagi ganjaran Atas niat murni bantu Anak-Anak Syurga ."

Tambahnya lagi, sikap murni yang dilakukan oleh McDonald's ini dapat dijadikan contoh oleh syarikat-syarikat lain untuk memberikan peluang kepada 'anak syurga' walaupun sekali.

"Saya harap syarikat -syarikat diluar sana yang berkemampuan berilah peluang kepada Anak- Anak syurga ni , bagi la peluang walaupun sekali , mereka bukan orang Biasa tetapi mereka ni luar Biasa . nikmat Yang Allah beri pada mereka kita boleh kongsi untuk Saham Akhirat . Mcd anda terbaik "

Rata-rata netizen teruja dengan keluarga ini, sanggup menemani adiknya bekerja pada hari pertama. Tak kurang juga pujian kepada Azib yang berdikari dan kelihatan ikhlas dalam melakukan kerja. Diharap agar kemurnian majikan dan sikap positif Adib ini dalam memberikan pengajaran kepada kita agar tidak terlalu memilih kerja.

Sumber : Mior Azlan Junio