"Maafkan Saya Cikgu..." Sesalan Tak Berguna Seorang Guru Besar...
# Trending Semasa

"Maafkan Saya Cikgu..." Sesalan Tak Berguna Seorang Guru Besar...

post by sofea

by sofea

Aug 13, 2018
pada 9:48 AM

Kisah yang dikongsikan oleh Encik Kamarul Sahrin ini dapat menjadi peringatan kepada kita semua supaya tidak mementingkan diri dan tidak mengendahkan perasaan orang lain, sebaliknya cuba sedaya-upaya untuk memahami situasi yang sedang dilalui. Walaupun komitmen dalam kerja itu penting, ini tidak bermakna hal-hal lain boleh diabaikan begitu sahaja. Semoga kisah benar ini dapat menjadi pengajaran bagi kita semua...

Cikgu Ismail terpaku, kaget. Berdiri di hadapan pegawai polis. Wajahnya memandang tepat kepada Guru Besar, yang tunduk sambil berdiri tegak juga di hadapannya.

Kertas telegram yang baru dibaca terlepas dari tangan. Seluruh sendinya menjadi lemah. Beliau hampir jatuh. Dipegang oleh pegawai polis itu. Dibantu duduk di atas kerusi. Saat itu semua orang di dalam bilik guru berdiri, kehairanan, memandang kepada mereka bertiga.

“Maafkan saya, Cikgu!,” kata-kata pertama daripada Guru Besar dengan nada penuh penyelesaian.

Cikgu Ismail terbayang kembali. Di saat dia memohon cuti, untuk balik ke kampung, menemani isterinya bersalin anak pertama. Guru Besar dengan tegas tidak meluluskan. Dia kecewa, sambil bergerak meninggalkan bilik. Marah. Kecewa. Namun mengikut perintah. Kampung isteri jauh. 

Hari ini berita diterima. Isteri meninggal ketika melahirkan anak pertama mereka. Sedih. Kecewa. Di saat menerima berita. Bergenang air mata semua orang di situ. 

Rasa bersalah hadir bertamu di hati Guru Besar. Serba salah ketika membuat keputusan tempohari. Kalaulah dia menggunakan budi bicara, kalaulah dia mencari guru lain menggantikan Cikgu Ismail untuk satu hari sahaja, kalaulah kemanusiaan melebihi peraturan, kalaulah.... 

Peristiwa ini berlaku di Daerah Hulu Perak zaman dahulu. Diceritakan kepada saya oleh seorang bekas guru besar. Ia mengingatkan saya untuk menggunakan budi bicara ketika membuat keputusan, apabila perlu. 

Minggu depan seorang anak kepada seorang guru akan melalui operasi pembedahan jantung berlubang di IJN. Kalau saya GB, saya tidak tunggu guru saya memohon cuti. Saya akan paksa dia bercuti untuk bersama isteri ketika pembedahan anaknya. 

Ingat.

1. Kita hidup bukan untuk kerja. Kita kerja untuk hidup. 
2. Jika esok kita mati, lusa boss akan cari pengganti. They never care how much you sacrificed for the company.
3. Apabila kita hilang kerja atau sakit, bukan boss dan pangkat akan temani kita dan terus bagi gaji. Anak dan isteri atau suami atau ibubapa yang akan tetap di sisi.

Sumber: Encik Kamarul Sahrin


Jawatan Kosong Untuk Diisi Secepat Mungkin!

>>>Gaji Masyuk Mencecah RM3,000 Sebulan!<<<

#1 Pereka Laman Web  >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<

#2 Eksekutif Jualan - Minyak Masak >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<

#3 Pembantu Jualan / Pembantu Jualan Senior >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<

#4 Pemandu Merangkap Pemandu Pelancong Freelance >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<

#5 Juruteknik Mesin >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<

#6 Eksekutif Jualan >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<

#7 Pembantu Dapur  >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<

#8 Artis DTP / Pereka Grafik >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<

 


Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, kerja diambil orang!

Gaji bukan sikit! Mencecah RM3K tu!

Apply sekarang sebelum peluang hanyut dirampas orang!