Macam Ni Teknik Nak 'Survive' Kalau Korang Dipanggil Untuk Temuduga Secara Berkumpulan
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Macam Ni Teknik Nak 'Survive' Kalau Korang Dipanggil Untuk Temuduga Secara Berkumpulan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 13, 2017
pada 1:05 AM

Ada sesetengah organisasi yang memerlukan korang untuk melalui 2 jenis temuduga, iaitu temuduga secara individu serta temuduga secara berkumpulan. Apa yang membezakan antara dua jenis temuduga ni sampaikan kena buat sampai dua kali? Kalau tanya soalan yang sama je baik buat sekali je, betul tak?

Hah! Korang dah salah dekat sini lagi. Kedua-dua jenis temuduga ni berbeza sangat dan kedua-keduanya menguji korang dalam kepakaran berbeza. Korang rasa gementar sebab bila masuk je dalam bilik temuduga satu meja tu penuh dengan calon-calon lain dan timbul rasa yang mungkin korang ni dikelilingi oleh mereka yang hebat-hebat. Bayangkan, mereka itu lah wajah-wajah pesaing dalam merebut jawatan yang ada cuma satu sahaja.

Apa korang perlu lakukan? Pertama sekali dan yang pasti sekali ialah tenang dan tarik nafas dalam-dalam. Jom kita sediakan diri sedikit demi sedikit dengan memahirkan diri dengan info-info ini.

 

Apa itu group interview?

Kalau temuduga secara individu, ianya adalah di mana korang bersemuka face-to-face dengan panel peneumudga tanpa calon lain. Korang adalah fokus utama dan satu-satunya bagi penemuduga. Waktu ini lah mereka akan bertanyakan soalan peribadi untuk mengenali korang dengan lebih rapat. 

Temuduga secara berkumpulan pula adalah berbeza. Ianya bukan temuduga secara berseorangan dan itu sudah tentu. Korang akan ditemuduga disamping calon-calon pekerja lain yang merebut untuk jawatan yang sama. Nampak tak betapa sengitnya posisi korang sekarang ni?

 

Kenapa mereka gunakan group interview?

Kalau tak bersebab sudah tentu lah mereka tak akan gunakannya. Jadi sebab utamanya ialah proses ini menjimatkan masa dan mesti korang tahukan yang masa itu duit buat majikan, CEO semua. Ia juga adalah satu peluang untuk lihat bagaimana korang bertindak balas. Korang kena faham juga, sebaik sahaja korang diiterima bekerja, korang bakal bekerja dengan pekerja-pekerja lain, bukannya solo je.

Jadi buat majikan nak tahu samada korang ni boleh berkomunikaasi dengan orang lain atau tidak ialah dengan lakukan temuduga secara berkumpulan. Sekurangnya mereka tidak akan rugi jika ambil korang bekerja dan baru dapat tahu yang rupanya korang ni introvert atau tak gemar nak bercakap dengan orang lain. Hmmm..

Ianya juga menjimatkan perbelanjaan. Bayangkan diorang boleh temuduga 10 calon dalam satu masa yang sama. Bayangkan berapa banyak yang mereka sudah jimat di sini. Ia juga digunakan jika sesebuah syarikat itu sedang membuka beberapa kekosongan. Jadi sekali gus je diorang boleh tapis siapa yang layak. 

 

Bagaimana dengan jenis soalan yang ditanya?

Soalan sewaktu temuudga berkumpula  bukan hanya tertakluk pada standard interview questions, tetapi ia juga merangkumi soalan yang memerlukan korang untuk bekerja dalam kumpulan. Majikan bukan hanya mahu lihat korang bekerja bersendirian tetapi juga bagaimana jika korang disuruh bekerja secara berpasangan atau berkumpulan. 

Ini adalah satu element yang penting dan perlu diambil tahu oleh majikan. Berikut adalah contoh area yang mereka mahu observe korang:

  • Adakah awak team player atau hanya mencari peluang untuk sabotaj calon temuduga lain?
  • Adakah awak seorang leader atau follower?
  • Bolehkah awak selesaikan masalah dengan orang lain atau sebenarnya awak adalah punca masalahnya?
  • Boleh menerima arahan dari orang lain ataupun awak jenis suka control semua benda?
  • Apa kelainan yang awak boleh tonjolkan yang lain daripada calon yang ada dalam bilik ini?

 

Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Terhad kepada 8,000 pendaftar terawal sahaja!)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [2x RM5.00 Grab Discount Coupon]*