Majikan Akan Terus Tolak Tepi Kalau Korang Tulis Resume Sebegini
# Pengetahuan Interview

Majikan Akan Terus Tolak Tepi Kalau Korang Tulis Resume Sebegini

post by Aisya

by Aisya

Apr 13, 2022
pada 5:59 AM

Majikan Akan Terus Tolak Tepi Kalau Korang Tulis Resume Sebegini

Majikan mana tak terpersona kalau baca resume calon yang berderet pengalaman kerja dia yang bukan calang-calang punya pengalaman. Pengalaman kerja ni sebenarnya plus point kalau nak mohon kerja. Melalui pengalaman kerja ni majikan boleh tengok samada korang ni sesuai ke tidak dengan jawatan yang dimohon.

Jadi korang kena fokus lebih sikit dekat bahagian pengalaman kerja ni. Tapi ada juga yang lakukan kesilapan di bahagian ini sampaikan majikan berubah fikiran untuk nak ambil korang. Sayang lah kalau personaliti dah cantik, pakaian pun segak sewaktu temuduga tetapi buat 3 kesalahan ini.

 

1. Pengalaman kerja macam jalan cerita novel je

Resume ni tak perlu nak meleret panjang sangat. Paling ideal sekali mengikut pandangan recruiter adalah 1 hingga 2 muka surat sahaja dan BUKAN DALAM BENTUK KARANGAN! Jadi korang kena pandai-pandai susun semua bahagian agar semuanya muat.

Kena pandai lah korang fikir info mana yang nak dimasukkan dan info apa yang tidak berapa diperlukan sangat. Pastikan ianya ringkas dan simple je. Tak kusut recruiter nak baca nanti. Korang nak bagi summary pasal pengalaman ye, bukannya cerita kisah hidup dari lahir lagi. 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

 

2. Pengalaman banyak tapi semua tak berkaitan

Kalau korang yang jenis suka lompat kerja, dan bertukar-tukar dari satu industri ke industry lain, mesti pening nak letak semua ke tak dalam resume betul tak? Apa yang korang kena ingat adalah untuk senaraikan pengalaman kerja yang kena dengan jawatan yang dimohon.

Sebab itu lah pentingnya untuk customized resume mengikut jawatan yang dimohon. Kalau korang senaraikan semua kerja yang pernah dilakukan, majikan akan ingat yang korang ni jenis yang cepat rasa bosan dan tak suka beri komitmen.

 

3. "Eh, tak ada langsung pengalaman?"

Ini paling yang tidak digemari oleh majikan. Jangan lah sampai tak letak langsung. Kalau memang korang tak ada pengalaman kerja, boleh letakkan pengalaman intern tu. Paling dibenci adalah apabila calon tu ada gap tidak bekerja yang sangat panjang. Majikan akan menyoal “Mengapa awak menganggur buat masa yang lama sangat?” Sedikit susah lah nak goreng jawapan dan buatkan majikan percaya pada korang. Ingat, kalau tak ada pengalaman kerja letak je pengalaman intern. 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!