Majikan Melihat Skills, Bukannya Degree Atau Lulusan Lain! - Kajian
# Trending Semasa

Majikan Melihat Skills, Bukannya Degree Atau Lulusan Lain! - Kajian

post by sofea

by sofea

Nov 8, 2018
pada 10:17 AM

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Upwork dan  Freelancers Union, di mana mereka menjalankan kajian kepada 6,001 pekerja di Amerika pada minggu lepas, didapati bahawa 93% daripada mereka yang bekerja secara bebas (freelancers) dan berkelulusan ijazah bersetuju bahawa latihan kemahiran (skills training) adalah perkara yang penting dalam kerjaya yang dilakukan sekarang, dan hanya 79% mengatakan yang pendidikan di universiti sangat membantu dalam kerjaya mereka. 

Data yang berjaya dikumpulkan ini turut mendedahkan bahawa perkembangan teknologi yang pesat dan peningkatan kos pendidikan menampakkan pendidikan tinggi sebagai pilihan yang berisiko dan kelihatan seperti idea yang lapuk. 

Kos pendidikan yang tinggi dilihat tidak setimpal dengan potensi kejayaan di masa hadapan. Ada yang setuju?

Walau bagaimanapun, ijazah masih lagi dianggap sebagai 'setem' untuk mempamerkan kebolehan profesional. Kelulusan yang diterima kononnya dapat menjanjikan masa depan yang cerah dan kukuh. Realitinya, tidak benar sama sekali. 

Sebagai contoh, di dalam laporan '2016 World Economic Forum (WEF)', didapati bahawa "dalam pelbagai sektor dan negara, kebanyakan kerjaya atau kepakaran yang memiliki permintaan yang tinggi adalah bidang yang tidak pernah wujud pada 10 - 5 tahun yang lalu. Perubahan yang berlaku akan menjadi semakin pantas dari masa ke masa."

WEF juga menjangkakan yang 65% kanak-kanak yang sedang menerima pendidikan rendah pada masa ini akan mendapat kerjaya yang masih tidak wujud sekarang. 

Pilihan Pendidikan Yang Baru

Kerjaya di masa hadapan bukan lagi bergantung kepada ijazah. Semakin pesat dunia berkembang, semakin tinggi kepentingan yang diletakkan kepada kemahiran. Maklumlah, bila dunia dah semakin pantas, tiada masa untuk dibuang lagi untuk melatih daripada 'kosong'kan? 

CEO Upwork (website freelancing), Stephane Kasrriel, memberitahu bahawa:

"Sebagai pemimpin di dalam sebuah syarikat teknologi dan bekas ketua jurutera, saya dah banyak mengambil programmer untuk bekerja di bawah saya. Apa yang penting bagi saya dalam pemilihan ini bukanlah lulusan ijazah sains komputer yang dimiliki calon, tapi sebijak mana mereka berfikir dan sebagus mana kebolehan coding mereka. Antara 20 kepakaran penting yang diperlukan syarikat kami, langsung tidak memerlukan degree."

Manakala, Laszlo Bock, bekas Senior Vice President of People Operations di Google, yang merupakan orang penting dalam memilih pekerja di Google,  menerangkan bahawa terdapat peningkatan jumlah pekerja Google yang tidak memiliki lulusan pendidikan tinggi. 

Jangan buang masa lagi? Cungkil kebolehan yang penting di masa hadapan sekarang! Videografi? Coding? UI? Ini mungkin antara bidang yang anda patut cuba teroka, kalau bukan diri sendiri, mungkin untuk anak-anak. 

Fakta Penting:

  • Berdasarkan kajian yang dijalankan, 93% freelancers yang memiliki lulusan ijazah 4 tahun mengatakan bahawa latihan kemahiran adalah sangat berguna untuk kerja yang mereka lakukan sekarang, dan hanya 79% bersetuju yang pendidikan adalah penting untuk kerjaya mereka sekarang.
  • World Economic Forum mendedahkan yang 65% kanak-kanak yang sudah menerima pendidikan rendah sekarang, akan bekerja dalam sektor atau bidang yang masih tidak wujud pada masa ini.

Jangan give-up! Apply job banyak-banyak!  Admin tahu korang banyak skills! Ada banyak tawaran kerja kosong TERKINI yang tak patut korang lepaskan!

Jawatan Kosong TERKINI dengan KEMASUKAN SEGERA:

1) Juruteknik Merangkap Penyelenggaraan 

2) Ejen Jualan Tempahan

3) Tukang Jahit  (Gaji mencecah RM2.5K!)

4) Internship For Videographer Via Content Creator (Malay Content) 

5) Pembantu Jualan Senior Atau Pembantu Jualan

6) Pembroker Hartanah 

7) Eksekutif Jualan