Search

Kategori

    Majikan Tak Baca Habis Lagi Dah Klik 'Archive' Pasal Ternampak 7 Kesalahan Ini Dalam Email Korang

    Izuan
    by Izuan
    Sep 13, 2017

    Kesilapan yang dilakukan nampak remeh tapi sebenarnya memberi kesan besar kepada korang dimana tak akan diterima bekerja dengan mereka. Agak mengecewakan pada diri korang lebih-lebih lagi kalau tawaran itu ada dream job  korang kan?

    Ketika menghantar email, pastikan korang semak semula secara terperinci sebelum menekan butang 'Send'. Pastikan korang terhindar daripada melakukan 8 perkara ini, kesannya majikan belum sempat buka resume tapi dah 'reject' korang awal-awal.

    1. Tidak Gunakan Nama Email Yang Lebih Professional

    Rasanya dah berpuluh kali kami tekankan, elak daripada menggunakan nama-nama yang amatur dalam email. Ternyata masih ada lagi pembaca kami yang melakukan kesilapan ini. Mengikut pengalaman kami, HR tak akan buka email yang korang hantar jika menggunakan nama-nama amatur, nak klik pun tak sudi. Kami sendiri akan melakukan perkara yang sama!

    2. Tidak Perkenalkan Diri Seringkas Yang Boleh

    Bukan korang je yang mohon jawatan tu, masih ramai lagi diluar sana mahukan jawatan itu. Jadi, perkenalkan diri korang seringkas yang mungkin, cukup sekadar menjelaskan sebab apa jawatan itu dimohon. Tak perlu gunakan ayat berbunga-bunga untuk menarik perhatian majikan, jika calon ramai majikan hanya akan mengambil masa 5 hingga 10 saat sahaja untuk membacanya. Ingat, short and simple!

    3.  Tak Double, Triple Check Sebelum Menekan Butang 'Send'

    Semak balik penggunaan bahasa korang, jangan sampai lain maksud nanti majikan akan fikir lain. Pastikan tiada silap eja dan jangan menggunakan ejaan ringkas dalam email tersebut. Kalau boleh rujuk semula banyak kali sebelum hantar. Ini kerana hampir keseluruhan pemohon kerja melakukan kesilapan ini, ia menjejaskan reputasi korang lebih-lebih lagi jika jawatan yang dimohon itu berkaitan dengan penulisan.

    4. Hantar Permohonan Kerja Di Syarikat Lain Dalam 'Thread' Yang Sama

    Ringankan tangan untuk hantar email satu per satu di mana-mana syarikat yang korang mohon. Jangan BCC email syarikat lain di dalam pos yang sama, jika syarikat yang terletak di BCC itu membaca, mereka anggap bahawa korang tak serius untuk bekerja dengan mereka. 

    5. Lupa Letak Signature Dalam Email

    Haaaa..ini lagu satu, seperti yang kami katakan tadi mungkin calon yang memohon itu ramai. Ada juga yang tak sempat nak baca resume korang, mungkin mereka lebih gemar baca resume itu sewaktu temuduga. Dalam email, ramai yang hanya meletakkan nama sahaja, peluang itu dah terlepas kerana majikan mungkin terlalu sibuk dan takkan buka resume untuk hubungi korang.

    Jadi, pastikan ada nama, nombor telefon atau alamat emel untuk rujukan mereka.

    6. Email Dah Cantik Tapi Tak Lampirkan Resume!

    Macam manalah majikan nak nilaikan kalau resume sendiri tak ada, walaupun kadang-kadang mereka tak sembpat buka. Resume itu perlu supaya mereka dapat nilaikamn kamu sebelum temuduga. Ini juga salah satu penyebab majikan takkan buka email yang korang kirimkan kerana tiada simbol lampiran disitu.

    7. Subject Line Tak Jelas!

    Spesifik kan apa jawatan yang korang mohon, jangan hanya letak nama korang, "Any Jobs" , "Jawatan Kosong atau "My Resume". Kadang-kadang syarikat itu menawarkan beberapa jawatan dan mereka keliru korang mohon yang mana satu. Dah kena reject lagi.


     

    Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

    > Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
    > Temuduga On The Spot!
    > Keputusan temuduga dalam 24 Jam
    > Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
    > Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
    > Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

    Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

     

    (Terhad kepada 8,000 pendaftar terawal sahaja!)

     

    *PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [2x RM5.00 Grab Discount Coupon]*

    Blog

    Hari Jumaat yang sepatutnya hari yang menggembirakannya berubah menjadi hambar apabila hari terakhir tempoh probation pemuda ini merupakan hari terakhirnya bekerja secara tiba-tiba. Pendek kata Brad terkejut apabila dia dipecat selepas habis tempoh percubaan.

    Nov 12, 2017

    Memang beruntung betul! Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ni menawarkan pakej menarik kepada para pelajar berusia 16 tahun ke atas bagi menggalakkan  mereka mendapatkan lesen motosikal B2 menerusi Program MyLesen Kadet JPJ.

    Nov 13, 2017

    Rata-rata majikan akan memberikan persepsi negatif terhadap mereka yang seringkali bertukar-tukar pekerjaan. Bagi mereka, individu sebegitu dianggap tidak boleh komited terhadap kerjanya sekiranya menghadapi sebarang masalah.

    Nov 15, 2017

    Faktor utama yang menyebabkan kadar pengangguran dalam kalangan lepasan Universiti ini semakin meningkat adalah disebabkan  sikap mereka yang terlalu memilih pekerjaan. Hal ini terbukti apabila Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan sendiri berkata demikian.

    Nov 13, 2017

    Betapa lamanya korang habiskan waktu, wang ringgit, pinjam PTPTN dan macam-macam lagi korang korbankan untuk tuntut ilmu di Universiti dengan harapan dapat bantu keluarga.

    Nov 14, 2017