''Makanan Dalam Pesawat Disediakan 12 Jam Sebelum Penerbangan...'' Bekas FA Ini Kongsi Fakta
# Trending Semasa

''Makanan Dalam Pesawat Disediakan 12 Jam Sebelum Penerbangan...'' Bekas FA Ini Kongsi Fakta

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 13, 2018
pada 9:06 AM

Sebelum mengikuti sesebuah penerbangan, sudah pasti anda menempah menu makanan yang ingin dimakan ketika berada dalam penerbangan. Ini kebiasaannya dilakukan bagi mereka yang terpaksa bertolak awal pagi ataupun mempunyai jarak perjalanan yang agak panjang.

Sepanjang anda travel, pernahkah anda terfikir mengapa makanan yang dihidangkan terutamanya bagi kelas ekonomi agak mengecewakan lebih-lebih lagi dari segi rasa? Bukan itu saja, malah makanan tersebut turut dianggap sebagai makanan yang kurang sihat. Bagi merungkai persoalan ini, bekas flight attendant ini tampil di Quora dan menjelaskan apa yang terkandung di sebalik menu yang dihidangkan di dalam kapal terbang.

"Walaupun sekadar makanan mentah dan sayuran sahaja, ia mengandungi bahan tambahan yang dimasukkan supaya sentiasa kelihatan segar. Makanan yang dihidangkan dalam pesawat biasanya disediakan 12 jam sebelum penerbangan. Kadang-kala ia disediakan sehari sebelumnya," jelas Sherayas P.

"Kebanyakan penumpang tidak peka dengan situasi ini. Tekanan udara dalam pesawat bersamaan dengan tekanan udara di ketinggian 7,315 meter kaki dari aras laut. Selain memberi tekanan pada telinga, ia turut menyebabkan deria rasa dan bau menjadi kebas berbanding sewaktu berada di darat.

"Disebabkan fenomena ini, pihak penyediaan makanan dalam pesawat perlu menambah garam, rempah ratus dan lemak untuk menjadikan makanan tidak terasa hambar," jelasnya lagi.

Bukan itu saja, malah udara yang rendah dan kering di dalam kabin serta bunyi enjin pesawat yang kuat juga merupakan faktor yang menyebabkan penumpang tidak dapat merasa atau menghidu makanan yang dihidangkan dengan baik. Oleh sebab itu, mereka perlu menambah sebanyak 20 hingga 30 peratus kandungan garam dan gula ke dalam makanan bagi mengekalkan rasa yang sama seperti mana penumpang menikmati makanan ketika berada di darat.
 

Sumber Oleh: Mstar