Malaysia Patut Tiru Bagaimana Beradabnya Pengiring Kereta PM Jepun Ni -Maukerja.my
# Trending Semasa

Malaysia Patut Tiru Bagaimana Beradabnya Pengiring Kereta PM Jepun Ni -Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Feb 23, 2017
pada 2:57 AM

Pernah tak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, selepas berjam lamanya baru tahu mengapa sesak. Rupanya nak bagi laluan kepada kenderaan rasmi kerajaan untuk lalu. Sudah lah terpaksa menunggu berjam-jam, habis terganggu jadual harian dengan lambat ke office, nak hantar anak ke sekolah, terlepas meeting penting lah dan bermacam lagi. Ada yang sampai tutup jalan dan langsung tidak boleh lalu sehingga lah kereta rasmi tersebut lalu dahulu. Jangan tipu lah korang tak pernah mengamuk kan?

Jika itu a dalah situasi biasa di Malaysia, lain pula ceritanya jika di Jepun. Jepun memang terkenal dengan budayanya yang beradab, hormat dan santun. Video yang menunjukkan bagaimana rombongan kereta yang mengiringi PM Jepun pasti akan membuatkan korang rasa hormat yang tinggi pada budaya Jepun. 

 

Pengiring tunduk untuk tunjuk rasa hormat 

Video ini menjadi viral dimana pengiring-pengiring PM Jepun, Shinzo Abe membuka tingkap kereta untuk menunjukkan tanda hormat kepada kenderaan lain yang membeli laluan kepada mereka. Rombongan rasmi itu terdiri daripada 5 kereta sahaja dan langsung tidak mengganggu lalu lintas sehingga mengakibatkan kenderaan langsung tidak bergerak.

Dengan mudah sahaja mereka memasuki jalan raya tanpa mengakibatkan sebarang masalah. Tidak seperti kebiasaan dimana kesemua kereta diarahkan untuk berhenti di tepi jalan atau juga berikan laluan kepada VIP walaupun di tengah-tengah kesesakan jalan raya. Best kan kalau VIP atau ahli politik di Malaysia turut sama jadikan PM Jepun ini sebagai contoh di jalan raya?

 

*Sumber: Carlist