Mana Satu Gaya Tidur 'Favourite' Anda? Jaga-Jaga! Personaliti Diri Anda Akan Terbongkar Sebab...
# Gaya Hidup

Mana Satu Gaya Tidur 'Favourite' Anda? Jaga-Jaga! Personaliti Diri Anda Akan Terbongkar Sebab...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 29, 2022
pada 10:45 AM

Korang perasan tak, setiap kali korang nak tidur, pasti ada satu posisi tidur favourite yang korang akan pilih? Sama ada korang suka tidur terlentang, mengiring atau sebagainya, kan? Mungkin ada yang tak tahu, sebenarnya gaya tidur yang kita pilih tu sebenarnya bukan saja untuk beri keselesaan, malah ia juga boleh merungkai sifat kita yang sebenar. 

 

 

Merujuk kepada gambar di atas, mana satukah gaya tidur yang paling korang suka? A? B? C? Atau D? Dah tak sabar nak tahu apakah makna di sebalik keempat-empat gaya tidur ini? Jom lihat jawapannya di bawah! 

Kamu merupakan seorang yang berani dan kreatif. Kamu gemarkan perkara yang indah dan romantik. Kamu tidak takut untuk mengekspresikan diri dan kamu tak kisah pun jika kelihatan lain daripada yang lain. 

Kamu juga merupakan seorang yang sangat menghargai dan memiliki hati yang penuh dengan cinta. 

 

B. Meniarap, Satu Tangan Berada Di Bawah

Kamu merupakan seorang yang sangat optimis dan ceria. Kamu suka menyebarkan positive vibes dan kebahagiaan pada orang-orang di sekeliling.

Haa, mungkin kamu sendiri tak sedar tapi kamu sebenarnya memiliki satu senyuman yang sangat indah! Dari segi hubungan pula, kamu merupakan seorang pendengar yang baik dan sangat disenangi ramai. Semua orang suka nak berkawan dengan kamu tau!

 

C. Mengiring Ke Kiri Atau Kanan

Seorang yang tegas, gigih dan sangat berani mengambil keputusan. Sekali kamu dah buat keputusan, kamu akan pastikan keputusan yang dibuat tu dapat dilaksanakan dengan baik. 

Kamu seorang yang suka membantu orang lain, langsung tak pernah lokek menghulurkan sebarang pertolongan. Selain itu, kamu juga seorang yang suka mengambil tanggungjawab untuk mengendalikan sesuatu perkara. Kalau ada sebarang tugasan, kamulah yang akan ke depan.

 

D. Gaya Bebas

Kamu seorang yang sangat berdikari dan boleh bergerak sendiri tanpa ada orang lain di sisi. Kamu okay je kalau terpaksa buat sesuatu perkara sendiri, tak berteman pun takpe. 

Kalau secara rawaknya, kamu ni nampak macam sangat susah nak didekati, tetapi sebenarnya kamu ni pemalu je sebenarnya. Bila dah betul-betul kenal, barulah orang tahu yang kamu ni sebenarnya baik orangnya!