Masa Depan Anak Terjamin Pengajian Di 'Taja' Sepenuhnya, Habis Belajar Terus Bekerja! Elaun Lumayan RM 1,200++ Sebulan!
# Jenis Pekerjaan

Masa Depan Anak Terjamin Pengajian Di 'Taja' Sepenuhnya, Habis Belajar Terus Bekerja! Elaun Lumayan RM 1,200++ Sebulan!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Jan 22, 2019
pada 3:17 AM

Ibu bapa yang mempunyai anak dan tinggal di sekitar Sabah & KL, jangan lepaskan peluang istimewa ni untuk anak anda belajar secara PERCUMA di KL! Ibu bapa sila alert! Temuduga akan diadakan di dua lokasi SAHAJA iaitu Sabah & Semenanjung di area Kuala Lumpur.

Program belajar secara percuma yang dinamakan Perantis SLDN ini ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berusia daripada 17 tahun keatas. Anak anda lepasan PMR je pun layak untuk memohon! Program sambung pengajian di akan berlangsung di sekitar ibu kota Kuala Lumpur je!

Bukan yuran je ditanggung secara percuma, makanan pun ditanggung secara PERCUMA sepanjang proses pembelajaran anak anda. Jadi anak tak perlu bersusah payah buat kerja part time untuk tampung perbelanjaan harian dan ibu bapa juga tak perlu keluarkan sebarang perbelanjaan! 

Anak tuan / puan akan diperuntukan elaun bulanan sebanyak RM1,200++ tau. Oh, selain itu kemudahan hostel turut disediakan secara percuma jika risaukan keselamatan anak terpaksa berulang alik jauh dari rumah ke pusat pengajian

Kelebihan yang paling menarik ialah, sejurus tamat je pengajian anak anda akan ditawarkan terus kekosongan kerja! Fuh.. tak payah lagi anda pening kepala memikirkan cara untuk membantu anak anda dapatkan kerja, kerana program ini memberi jaminan pekerjaan kepada setiap perantis SLDN.

Ibu Bapa Ambil Tahu Apakah SLDN?

SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ' Dual ' bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu tempat kerja yang sebenar dan institut latihan. Ianya dikendalikan melalui usahasama. Syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan.

  • Nisbah Amali- Teori: (70% hingga 80% latihan amali di industry dan 20% hingga 30% latihan teori di pusat latihan.)
  • Konsep pembelajaran: Pendekatan pembelajaran Kendiri (Self-reliant Learning

 

Syarat Kelayakan

Berumur 17 tahun dan keatas

  • Terbuka kepada perantis lelaki dan perempuan.

  • Mempunyai kelayakan akademik PMR & SPM  sahaja.

  • Berminat untuk mendalami bidang Perkhidmatan Makanan

  • Warganegara Malaysia

  • Boleh Membaca, Menulis serta Mengira

  • Sihat Tubuh Badan dan lulus pemeriksaan kesihatan

  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris

     

    Program 1 1/2 Tahun (18 Bulan)

    • Perantis yang berjaya dalam penilaian dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dianugerahkan SKM Tahap 2, 3, DKM atau DLKM oleh JPK berasaskan program yang diikuti.

     

    Siapa Yang Boleh Mohon?

    • Lepasan PMR atau SPM penganggur atau pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih oleh syarikat.

     


     

    Pelajar Perantis SLDN

    McDonald's Cawangan KL

    (Elaun Bulanan sehingga RM 1,200++ | Yuran & Hostel PERCUMA! | Jaminan Kerja Sebaik Tamat Pengajian)

    Kelayakan

    • Warganegara Malaysia
    • PMR / SPM
    • Berumur 17 tahun dan keatas.
    • Berminat untuk mendalami bidang Perkhidmatan Makanan.
    • Boleh Membaca, Menulis serta Mengira.
    • Sihat Tubuh Badan dan lulus pemeriksaan kesihatan.

     

    Tanggungjawab

    Program Perantis SLDN (Sistem Latihan Dual National):

    • Program pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan. Menawarkan perantis pembelajaran didalam kelas (30%) dan praktikal (70%) di syarikat penajaan. Selepas program selesai, pelatih akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) :

    SKM tahap 2 dan 3

    • Program yang ditawarkan: Penyediaan Makanan & Layanan

    Fasa Latihan Perantis SLDN

    • Minima latihan dan kursus selama 18 bulan
    • Mempelajari lebih mendalam mengenai penyediaan makanan & layanan
    • Mempelajari selok belok dalam pentadbiran

     

    Manfaat tambahan

    • Elaun bulanan diberikan sebanyak RM1,200++
    • Hostel disediakan
    • Makanan percuma sepanjang proses pembelajaran
    • Faedah Perubatan dari Klinik Panel
    • Pelindungan Insuran
    • Kursus Keselamatan Makanan
    • Suntikan Typhoid
    • Sijil SKM tahap 2 dan 3*

    *akan dikeluarkan kepada pelajar yang berjaya menamatkan kursus

     

    Lokasi Temuduga

    Sabah & Semenanjung (Sekitar KL)

     

    Lokasi Menyambung Pengajian

    Sekitar cawangan Kuala Lumpur & Selangor

     

     


     

    Peluang Macam Ni Tak Selalu Ada!

    Pembelajaran anak ditaja PERCUMA! Dapat 'duit poket' RM 1,200++ setiap bulan pula.

    Mak bapak goyang kaki sahaja,

    Habis belajar anak terus dapat kerja!