Masa Tidur Ada Tak Terkena 5 Serangan Ini? Berikut Merupakan Cara Atasinya!
# Gaya Hidup

Masa Tidur Ada Tak Terkena 5 Serangan Ini? Berikut Merupakan Cara Atasinya!

post by Izuan

by Izuan

Oct 19, 2017
pada 12:04 PM

Pernah tak tengak lena tidur tiba-tiba anda tersedar tengah-tengah malam sebab terkena serangan ini, kadang-kadang ambil masa berjam-jam untuk pulih bahkan ada yang buatkan anda tak boleh tidur terus sampai ke pagi.

Boleh dikatakan anda merana satu malam kerana gangguan tersebut, Jangan risau bukan anda seorang yang selalu terkena jenis-jenis serangan ini masa tidur, orang lain pun kena juga. Mungkin ia berpunca daripada aktiviti harian kita.

Jadi, jika terkena serangan ini lagi, amalkan teknik dan cara-cara yang kami ajarkan ini untuk atasi masalah tersebut. Tak susah pun! 

1. Sakit Bahu

Kalau tengah syok tidur tiba-tiba tersedar sebab sakit bahu, mungkin posisi anda tidur tu tak betul. Jadi, ubah postur tidur dengan posisi berbaring seperti biasa (hempap belakang badan), jangan tidur mengiring. Ambil bantal lain, letakkannya di atas perut anda, dan peluk agar bahu anda berada dalam kedudukan yang betul dan stabil.

Jika anda tidak suka tidur dalam posisi belakang badan, cuba berbaring mengiring yang bertentangan daripada baru yang sakit. Bengkokkan lutut ke dada dan letak bantal di antara lutut. Tidur dengan tangan di bawah kepalatidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan bahu bertambah sakit.

2. Sakit Belakang

Masalah ini sering terjadi kepada mereka yang berbadan berat tidur di atas lantai, tilam terlalu lembut sehingga rasa besi aktil atau spring yang terlalu keras. Jika ini semua ada pada diri anda, salah satu cara cari tilam baru.

Baring membelakangi badan adalah posisi terbaik untuk masalah ini. Letakkan bantal di bawah lutut  untuk membantu memulihkan keluk tulang belakang secara semula jadi dan mengurangkan ketegangan dalam tendon anda.

Anda juga boleh cuba letak tuala yang digulungkan di bawah bahagian belakang untuk sokongan tambahan.

3. Tak boleh tidur / Tak Mengantuk

Mungkin dah nyenyak tidur siang sampai malam tak dapat nak tidur, tapi jangan bermain handphone tau sebarang gadjet, selain merosakkan mata anda, ia juga akan menyebabkan tidur anda lebih sukar.

Elakkan pengambilan kafein, minuman isotonik, coklat, soda 6 jam sebelum tidur. Bersenam pada waktu pagi dan petang. Bagi meningkatkan peredaran darah anda, dan membantu anda tidur lebih cepat!

4. Betis Kejang!

Aduh! Ini paling sengsara sekali, mungkin disebabkan seharian berjalan/mendaki gunung/berdiri lama atau cuaca terlalu sejuk, kekejangan kaki di betis akan terjadi sewaktu anda menggeliat. Memang teruk bila kena serangan ini! Gangguan tidur paling dahsyat!

Kalau kaki anda lenguh pada hari tersebut, urut sebelum tidur. Lagi bagus sapukan krim atau minyak panas dibahagian lenguh tersebut. Ia perkara biasa jika sekali sekala terjadi. Namun jika kerap kami sarankan pergi berjumpa doktor.

Oh ya, mungkin anda terlupa sapu minyak sebab terlalu letih kan? Masa kaki tengah kejang tu tarik kaki keat, dalam masa berapa minit kekejangan akan berkurangan. Tapi kalau boleh,

5. Pedih Ulu Hati

Pernah kena tak macam ni? Anda dah cuba minum air pun tapi masih belum hilang, caranya adalah baring mengiring kekiri dan bengkokkan sedekit kaki. Ia bertujuan bagi mencegah kandungan di dalam perut daripadamengalir ke dalam esofagus, sekaligus dapat mencegah pedih ulu hati.